Showing posts with label PB Promo. Show all posts
Showing posts with label PB Promo. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

Maka Bermula Lah Satu Rasa... Korset Premium Beautiful MAHAL!

Tajuk memang pergh... ye RASA tu dah nak bermula. Seronok betul bila terjebak dalam bidang kesihatan ni. Asalnya pun sebab Shima tak sihat dan mencari-cari cara untuk sihat. Dan Alhamdulillah, diketemukan dengan korset hebat ni... Korset Premium Beautiful. Yang paling seronok, slip disc Shima rasa terkawal... rasa tulang belakang ni sepenuhnya dilindungi. Bagi sesiapa yang mengidap slip disc atau sakit belakang atau apa sahaja sakit yang berkait dengan sakit belakang, please.... Shima merayu, pakai lah Korset Premium Beautiful ni cepat-cepat. Kesian badan kita tau. Badan juga berhak dilindungi. Dah puas pakai bertahun-tahun kan, so sesekali buat pilihan terbaik  untuk penjagaan berpanjangan. 

Mahal? barang baik memanglah mahal. Ada orang beli kasut Jukebox pakai sampai 5-6 tahun? takde kan. Kalau ade pun sebab frekuensi penggunaan sangat rendah. Cuba bak mai kasut tu bagi kat Shima yang kuat berjalan ni, memang sebulan dua je kot. Lunyai!. 

Kenapa Shima bagi contoh KASUT? sebab Shima sangat choosy sket bab kasut. Sebab dulu2 zaman sekolah, mana mampu beli kasut mahal. Dari bus stop nak balik ke rumah, kena berjalan dalam 2 km. Shima dulu dok kem, bas memang tak boleh hantar sampai dalam. Menapak lah sejauh2 nuuu... rumah pulak atas bukit. Dan setiap kali berjalan naik bukit tu, Shima bertekad...dah kerja nanti... dah ada duit sendiri nanti... Shima akan beli kasut yang terbaik je.. Sebab kasut2 murah ni buat kaki Shima melecet... tapak kaki meletup. Argh...seksa! 

So sekarang, faham kan kenapa mahal? sebab barang mahal ni datangnya dengan kualiti. Cuba beli kasut Hush Puppy... dah lah sedap macam tilam, tahan lama. Bertahun2 pakai. Sungguhpun Shima ni kuat berjalan, tahanlah juga 2-3 tahun sandal Hush Puppy. Kalau ada yang kata beli Hush Puppy pun cepat lunyai... ok no comment. Dasat nye cara hang jalan. Ganas!

Korset Premium Beautiful didatangkan dengan ciri-ciri yang berikut :

  1. Jaminan baik pulih SEUMUR HIDUP
  2. Teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R) yang ditanam di setiap benang dan bukan hanya di tempat-tempat tertentu.
  3. Mendapat pengiktirafan SUPERBRAND (produk yang mendapat pengiktirafan Superbrand ialah produk yang mempunyai kualiti yang tinggi dan mendapat permintaan korset paling tinggi di pasaran)
  4. Kuasa regangan 360 darjah
  5. Dicipta menggunakan teknologi dari 3 negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun


Nak tahu lebih lanjut berkenaan Korset Premium Beautiful yang hot di pasaran ni, contact je Shima 

di 013-6030 326 - call/ whatsapp/ telegram/ message

Shima akan cerita lebih lanjut berkenaan korset istimewa ni. 
Kalau yang nak try rasa fabrik korset ni, bagitau je. Kita boleh jumpa sambil coffee2. 

Harga? Boleh dirunding. 

Sepanjang berkecimpung sebagai usahawan Hai-O dan dari hari pertama dilatih untuk menjadi Premium Beautiful Expert, Shima telah berjumpa dengan ramai pelanggan yang ingin mendapatkan Set Korset Premium Beautiful. Fakta yang paling memeranjatkan Shima ialah kebanyakan pelanggan yang menghubungi Shima ialah mereka yang telah sedia ada mempunyai satu set Korset Premium Beautiful!. Mereka mahu mendapatkan set kedua mereka sebagai back-up ketika set pertama mereke dicuci. 

"Akak tak boleh lah tak pakai PB ni, rasa tak selesa!"
Pelanggan 1 : Rembia, Melaka

"Kita rasa tak yakinlah Shima bila tak pakai PB. Bila basuh, terpaksa la tak pakai Pb satu hari. Eeee tak boleh la, tu kita nak beli 2nd set ni"
Pelanggan 2 : Muar, Johor

"Yang pertama ni tetulang dia dah patah, awak tolong akak gi hantar repair, sementara tu akak nak beli set kedua... ni husband akak belanja ni... dia suka tengok akak slim dan sihat"
Pelanggan 3 : Kajang, Selangor

Ini antara feedback yang Shima terima dari pelanggan yang membeli Korset Premium Beautiful. Pengalaman bertahun-tahun mengenakan Korset Premium Beautiful menjadikan mereka yakin dan tak mahu lagi berpaling ke jenama yang lain. Selain kualiti fabrik dan material yang digunakan, keselesaan juga antara faktor utama mengapa ramai yang memilih Premium Beautiful. 

Apabila menyentuh isu harga yang MAHAL, jom kita congak-congak berapa harga yang perlu kita bayar yang mana bukan sahaja kita mendapat satu Set Korset Premium Beautiful malah kita juga dijamin untuk kekal langsing dan sihat sepanjang hayat... Contoh pengiraan ini diambil berdasarkan tempoh paling minima pelanggan yang membeli set kedua PB iaitu 2 tahun.

Harga minima Korset Premium Beautiful = RM2200
2 tahun = 365hari x 2 tahun = 730 hari
RM2200 / 730 hari = RM3.01 sehari

Jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan makan kita sehari (surirumah) bagi seorang individu, jumlah perbelanjaan makan sehari tidak kurang dari RM10 sehari (lunch+dinner)
Itu belum dikira sekiranya kita decide untuk makan luar atau just drive thru di McDonald atau KFC... pasti lunch sahaja telah menghampiri RM20. Dengan RM20 yang dibelanjakan di McDonald atau KFC, kita bukan sahaja kenyang, malah kita juga berpotensi untuk menambah berat badan sekaligus mampu mengundang pelbagai penyakit yang membebankan tubuh badan kita. 
Nauzzubillah...

Ngeri kan fakta ni?

Doa moga dijauhkan kita dari menghidapi penyakit2 yang merbahaya ni

Apa sebenarnya punca utama untuk menghhidap penyakit-penyakit berisiko ini?
Yang Shima lihat, punca utama ialah permakanan dan juga kurangnya aktiviti fizikal. Hidup di negara maju seperti Malaysia, kebanyakan kita didedahkan dengan lambakan junk food yang mudah dan cepat diperoleh. Kebanyakan kita pula memang jarang meluangkan masa untuk bersenam atas faktor masa dan keadaan seperti masa lebih lama diluangkan di dalam kenderaan kerana jem atau jarak di antara tempat bekerja jauh dari tempat kita tinggal. Hanya sampai di rumah jam 8 malam dan sememangnya kita tiada masa untuk bersenam. Shima yakin sangat bahawa faktor seperti ini yang mendorong kebanyakan kita untuk menghidap penyakit berisiko yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang, beban kepada usus dan hati dan kegagalan jantung yang boleh mengakibatkan strok yang boleh membawa maut!

Di sinilah FIR sangat penting bagi tubuh badan kita. Teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R) yang ditanam di setiap benang di dalam Korset Premium Beautiful bukan sahaja memperbetulkan pengaliran darah dalam badan kepada tahap optimum malah akan meningkatkan kadar metabolisma badan manusia.


Berjogging selama 30 minit membakar 350 kalori di dalam badan kita.
Pemakaian Korset Premium Beautiful selama 1 jam membakar 900 kalori di dalam badan kita walaupun sambil bekerja di pejabat atau sambil-sambil jaga anak di rumah...

MANA SATU PILIHAN KITA?

Anda mampu mengubahnya... call/ whatsapp/ telegram/ message Shima untuk konsultasi percuma di 

013-6030 326 atau emel : acuwani@yahoo.com

Hadiah percuma menanti anda!


Saturday, July 30, 2016

Lagi Kelebihan Premium Beautiful

Salam buat reader semua
Kali ini shimah senaraikan kelebihan korset Premium Beautiful mengikut bahagian-bahagian dalam set yang disediakan
Setiap bahagian mempunyai kelebihan tersendiri
Sebab tu ada sesetengah pelanggan lebih suka beli satu-satu
Bagi yang berminat nak dapatkan konsultasi
Nak beli satu-satu korset Premium Beautiful ni
Tapi tak tau nak beli yang mana dulu?
Contact shimah dan shimah akan bantu anda untuk buat pilihan terbaik!

Authorized Premium Beautiful Expert Agent

Thursday, July 28, 2016

Bengkung Lelaki


Wah... bangga tau abang ni pakai Korset Premium Beautiful
Lelaki pun harus pakai korset tau
Sebab kebaikan korset ini adalah sangat menyeluruh
Lelaki yang mengalami perut buncit juga boleh mengenakan Korset Premium Beautiful untuk mendapatkan bentuk badan idaman

So abang-abang
Jangan ingat isteri-isteri je perlu jaga badan
Dan kelihatan menawan
Serta sihat luar dan dalam
Abang-abang pun berhak mendapat keistimewaan yang sama

Call saya untuk maklumat lanjut
Pelanggan bertuah akan mendapat diskaun dan hadiah istimewa!!

Authorized Premium Beautiful Agent



Wednesday, July 27, 2016

Premium Beautiful - Membentuk Postur Badan

Picture credit to : http://honeykoyuki.blogspot.my/

Pemakaian Korset Premium Beautiful bukan sahaja tertumpu untuk menguruskan badan sahaja
Sebenarnya khasiat pemakaian Korset Premium Beautiful ini sangat banyak
Jangan kata orang yang sihat walafiat tidak memerlukan korset yang berkualiti
Ini kerana penjagaan kesihatan haruslah bermula sejak awal lagi
Bak kata perpatah, sediakan payung sebelum hujan
Penggunaan korset dalam kehidupan seharian membantu kita untuk lebih berdisiplin dalam penjagaan kontur badan
Malah penting juga dalam penjagaan tulang belakang
Tanpa bantuan atau support, kita mudah untuk duduk dalam posisi yang tidak betul
Posisi duduk yang tidak betul memberi tekanan kepada tulang belakang 
Ini mengakibatkan tulang belakang menjadi bengkok dan menimbulkan rasa sakit
Kerana tetulang tidak berada di posisi yang betul dan saling menekan sesama sendiri

Tulang yang bengkok...berjaya dibetulkan dengan penggunaan Korset Premium Beautiful

Lebih teruk tulang mula menekan urat-urat yang boleh mengakibatkan kesakitan yang amat sangat
Dari pengalaman Shimah sendiri, penggunaan Korset Premium Beautiful membantu Shimah untuk jalani hidup dengan lebih berdisplin
Maksudnya... Shimah takkan duduk secara membongkok
Postur senantiasa tegak dan tidak membebankan tulang belakang
Alhamdulillah, ia sangat membantu mengurangkan sakit belakang yang dialami
Subhanallah...

Harga Korset Premium Beautiful mungkin mahal 
Namun pembelian hanya sekali seumur hidup
Dan jaminan baikpulih sepanjang hayat korset

Untuk pembaca blog tersayang, Shimah nak bagi harga special!
Nak tau? Jangan lupa contact Shima ye
Daaaa....

Authorized Premium Beautiful Agent Expert

Sunday, January 31, 2016

Premium Beautiful Penipu!

Yep... memang penipu betul korset Premium Beautiful ni. Orang kata nak sihat je... boleh pulak jadi lain. My sister... Suzana Sim aka Kak Sue kata dia nak pakai korset sebab nak tingkat stamina badan. Kak Sue bekerja di syarikat US  yang mana waktu kerja pun ikut waktu US. So dia memang bekerja odd hour. Orang pergi kerja, dia balik kerja... orang balik kerja... dia pulak baru nak pergi kerja. Memang la seronok sebab Kak Sue tak perlu menempuhi jalan jem dan sebagainya... tetapi adakah korang tau, bekerja hingga lewat malam untuk satu tempoh yang panjang (untuk makluman, Kak Sue dah kerja 15 tahun di syarikat tersebut) akan menyebabkan stamina serta ketahanan badan kita menjadi rendah. Metabolisma badan juga akan sedikit merosot. Ini akan mengakibatkan kita jadi senang letih... badan lesu... Jadi atas cadangan aku... Kak Sue decide untuk memakai korset Premium Beautiful...

Nah... adik minta maaf ye kak... Kak Sue jadi semakin langsing dan kurus selepas sebulan mengenakan korset Premium Beautiful... gegel gegel... saya takut!!!

Akibatnya.....
  • Kak Sue menjadi lebih cerdas walau bekerja odd hour
  • Wajah Kak Sue semakin glowing... auww... sampai tak percaya she's now 48 years old
  • Badan Kak Sue semakin ramping
  • Berat Kak Sue semakin berkurangan (tang ni dia tak nak bgtau... rahsia sgt... alaaa... tgk gambar pun dah tau la!)
  • Kak Sue kata... pakej! semua dapat! 
  • So Kak Sue decide untuk bisnes jual korset Premium Beautiful secara part time dan income first month Kak Sue = RM4k+
Itulah kisahnya Kak Sue mangsa penipuan korset Premium Beautiful... sekian...

Hehehe... :p :p

Opsss... promosi BIRTHDAY masih berlangsung tau!

Whatsapp/ Mesej/ PM - SHIMAHZ BIRTHDAY PROMO hantar ke 013-6030 326


Premium Beautiful Melaka Agent





Thursday, January 28, 2016

My Birthday


28 Januari 2016 dan buat kesekian kalinya aku menyambut Hari Lahir. Cuma tahun ni cara celebrate dia lain sikit, sebab selalunya aku akan apply cuti... spend time kat rumah dan berehat sehabis baik... hehe. Tahun ni aku tak apply cuti. Rasa nak bekerja seperti biasa. Not bad juga sambut birthday sambil bekerja. Takde la terasa sgt usia menginjak. Malah rasa semakin muda remaja.. hihu... jgn perasan ye... :P Sambut birthday sebagai Business Woman lebih terasa puasnya berbanding sebagai si pemakan gaji aka keje dengan orang aka penunggu gaji cukup bulan... hihi... walau aku perlu buat 2 kerja seperti yang di war2kan pak menteri, aku puas. Sebab terlalu banyak kelebihan dan kelegaan yang aku peroleh. Walaupun hanya menjual korset, pendapatan tambahan yang aku peroleh kerap saja melebihi gaji kerja hakiki. Alhamdulillah... syukur Ya Allah...

Thanx adik kila... celebrate birthday akak



Bertuah... dapat sambut detik 12 malam bersama kakak tersayang di majlis ilmu - Dolomite Training Centre

Sahabat dari zaman sekolah... moga berkekalan hingga ke akhirat

Sempat melayan perasaan di sebelum sambut umur baru... Kedai Emas Huwaida, Bukit Gambir

Mak masakkan makanan kegemaran. Sori tak sempat nak snap sebab dah kena baham dengan rakusnya... huhu...

Apepun life must go on. Sungguhpun banyak ranjau dan liku yang telah ditempuh sepanjang usia ku ini, bagi aku masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan untuk jadi lebih matang. Demi Allah, aku mahu jadi manusia yang sentiasa patuh akan suruhanNya, menjadi anak yang bermanfaat buat kedua mak dan abah aku. Menjadi adik yang baik kepada abg2 dan kakak. Seorang sahabat yang sentiasa berguna buat sahabatnya dan buat diri sendiri... aku mahu menacapai misi Business Woman tanpa sempadan seperti mentor-mentor yang sentiasa memberi inspirasi.

Moga Allah perkenankan. Ameen...

p/s : terima kasih tak terhingga kepada semua yang wish birthday... terima kasih di atas ingatan kalian...

psssttt... sapa nak harga promo sempena BIRTHDAY saya ni... sms/whatsapp sekarang SHIMAHZ BIRTHDAY PROMO ke 013-6030 326!!!!

Premium Beautiful Melaka Agent



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...