Aku merupakan pesakit 'slip disc', dan sehingga kini survive dan dapat menjalani hidup seperti biasa kerana Allah memberi petunjuk bahawa Premium Beautiful mampu membantu aku untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin lagi. Alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat di atas petunjuk Allah ini. Kerana masa mula-mula kena 'slip disc', kehidupan tak ubah macam insan-insan kurang upaya. Nak berjalan...susah. Nak tidur.. sakit. Nak bangun dan duduk semula, bak kata orang... paling azab.
Kenapa pesakit slip disc memerlukan Korset Premium Beautiful? Bagi aku yang merupakan penghidap slip disc tahap 2. Banyak sebab untuk mewajibkan pesakit mengenakan Korset Premium Beautiful. Antaranya :
- Doktor mengatakan aku hanya mempunyai peluang 80% untuk sihat seperti biasa... 80% sahaja? Dan doktor memberi 2 kondisi untuk aku hidup seperti biasa yakni dengan menurunkan berat badan dan mengenakan korset. Alhamdulillah setelah mengenakan korset, berat aku turun 6kg dan aku tidak sakit belakang lagi.
- Doktor mengatakan bahawa aku tidak lagi boleh berjogging kerana boleh mengakibatkan kerosakan lebih teruk di bahagian tulang belakang yang lain. Jawapannya sekarang, BOLEH!. Dengan syarat, ada Korset Premium Beautiful terlekat di badan aku.
- Doktor kata aku tidak boleh jatuh!. Takut sangat dengan kenyataan doktor ni. Sebab, semampu manakah kita untuk mengelak. Namapun terjatuh... TER maksudnya tidak sengaja! Ok, yang ini aku hanya mampu berserah... dan yang pastinya... terus dan teruskan pakai Korset Premium Beautiful!
Bila tengok punca slip dic ni di gambar, macam terlalu sedikit untuk memberi kesan dalam kehidupan kita. Tetapi bila dah mengalaminya, Allah sahaja Yang Maha Tahu
Kesakitan yang dialami pesakit slip disc adalah sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Melalui pengalaman aku sendiri, pain killer yang paling kuat sekalipun tidak memberi kesan untuk mengurangkan kesakitan. Bayangkan, kita boleh terjaga dari tidur yang lena hanya kerana kita berkalih kedudukan ketika tidur.
Sesungguhnya aku terima, bahawa setiap nikmat yang Allah beri itu ditarik bagi menyedarkan kita dari terlalu selesa hidup di dunia. Mungkin dah terleka sedikit dengan harta yang tak seberapa, namun kadang-kadang ia dihantar sebagai signal untuk kita berbuat sesuatu dengan life kita. Alhamdulillah, memang sakit slip disc yang aku alami banyak mengajar aku untuk lebih tabah dan matang. Kenali kehidupan dan orang sekeliling. Dan kerana itu aku mengambil langkah untuk berkongsi kebaikan Korset Premium Beautiful ni kepada semua. Kalau dulu aku pun berkira-kira untuk keluar duit yang banyak untuk beli hanya sepasang korset, kini aku rasa berbaloi-baloinya beli korset ni. Sebab kebaikan yang diperoleh hanya dengan disiplinkan diri mengenakannya minima 8 jam sehari.
Selain rasa bebas dari rasa sakit akibat slip disc, aku juga kini bebas dari masalah-masalah berikut :
- Haid yang tidak teratur
- Jerawat
- Keletihan dan kelesuan
- Cepat mengantuk
- Jarang mengalami athma
- Kerengsaan kulit apabila makan makanan laut
Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... itulah yang aku mampu ucapkan. Moga Allah memberkati perkongsian cerita ini buat kita semua. Ameen...



No comments:
Post a Comment