Showing posts with label Premium Beautiful Melaka. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful Melaka. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

Maka Bermula Lah Satu Rasa... Korset Premium Beautiful MAHAL!

Tajuk memang pergh... ye RASA tu dah nak bermula. Seronok betul bila terjebak dalam bidang kesihatan ni. Asalnya pun sebab Shima tak sihat dan mencari-cari cara untuk sihat. Dan Alhamdulillah, diketemukan dengan korset hebat ni... Korset Premium Beautiful. Yang paling seronok, slip disc Shima rasa terkawal... rasa tulang belakang ni sepenuhnya dilindungi. Bagi sesiapa yang mengidap slip disc atau sakit belakang atau apa sahaja sakit yang berkait dengan sakit belakang, please.... Shima merayu, pakai lah Korset Premium Beautiful ni cepat-cepat. Kesian badan kita tau. Badan juga berhak dilindungi. Dah puas pakai bertahun-tahun kan, so sesekali buat pilihan terbaik  untuk penjagaan berpanjangan. 

Mahal? barang baik memanglah mahal. Ada orang beli kasut Jukebox pakai sampai 5-6 tahun? takde kan. Kalau ade pun sebab frekuensi penggunaan sangat rendah. Cuba bak mai kasut tu bagi kat Shima yang kuat berjalan ni, memang sebulan dua je kot. Lunyai!. 

Kenapa Shima bagi contoh KASUT? sebab Shima sangat choosy sket bab kasut. Sebab dulu2 zaman sekolah, mana mampu beli kasut mahal. Dari bus stop nak balik ke rumah, kena berjalan dalam 2 km. Shima dulu dok kem, bas memang tak boleh hantar sampai dalam. Menapak lah sejauh2 nuuu... rumah pulak atas bukit. Dan setiap kali berjalan naik bukit tu, Shima bertekad...dah kerja nanti... dah ada duit sendiri nanti... Shima akan beli kasut yang terbaik je.. Sebab kasut2 murah ni buat kaki Shima melecet... tapak kaki meletup. Argh...seksa! 

So sekarang, faham kan kenapa mahal? sebab barang mahal ni datangnya dengan kualiti. Cuba beli kasut Hush Puppy... dah lah sedap macam tilam, tahan lama. Bertahun2 pakai. Sungguhpun Shima ni kuat berjalan, tahanlah juga 2-3 tahun sandal Hush Puppy. Kalau ada yang kata beli Hush Puppy pun cepat lunyai... ok no comment. Dasat nye cara hang jalan. Ganas!

Korset Premium Beautiful didatangkan dengan ciri-ciri yang berikut :

  1. Jaminan baik pulih SEUMUR HIDUP
  2. Teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R) yang ditanam di setiap benang dan bukan hanya di tempat-tempat tertentu.
  3. Mendapat pengiktirafan SUPERBRAND (produk yang mendapat pengiktirafan Superbrand ialah produk yang mempunyai kualiti yang tinggi dan mendapat permintaan korset paling tinggi di pasaran)
  4. Kuasa regangan 360 darjah
  5. Dicipta menggunakan teknologi dari 3 negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun


Nak tahu lebih lanjut berkenaan Korset Premium Beautiful yang hot di pasaran ni, contact je Shima 

di 013-6030 326 - call/ whatsapp/ telegram/ message

Shima akan cerita lebih lanjut berkenaan korset istimewa ni. 
Kalau yang nak try rasa fabrik korset ni, bagitau je. Kita boleh jumpa sambil coffee2. 

Harga? Boleh dirunding. 

Sepanjang berkecimpung sebagai usahawan Hai-O dan dari hari pertama dilatih untuk menjadi Premium Beautiful Expert, Shima telah berjumpa dengan ramai pelanggan yang ingin mendapatkan Set Korset Premium Beautiful. Fakta yang paling memeranjatkan Shima ialah kebanyakan pelanggan yang menghubungi Shima ialah mereka yang telah sedia ada mempunyai satu set Korset Premium Beautiful!. Mereka mahu mendapatkan set kedua mereka sebagai back-up ketika set pertama mereke dicuci. 

"Akak tak boleh lah tak pakai PB ni, rasa tak selesa!"
Pelanggan 1 : Rembia, Melaka

"Kita rasa tak yakinlah Shima bila tak pakai PB. Bila basuh, terpaksa la tak pakai Pb satu hari. Eeee tak boleh la, tu kita nak beli 2nd set ni"
Pelanggan 2 : Muar, Johor

"Yang pertama ni tetulang dia dah patah, awak tolong akak gi hantar repair, sementara tu akak nak beli set kedua... ni husband akak belanja ni... dia suka tengok akak slim dan sihat"
Pelanggan 3 : Kajang, Selangor

Ini antara feedback yang Shima terima dari pelanggan yang membeli Korset Premium Beautiful. Pengalaman bertahun-tahun mengenakan Korset Premium Beautiful menjadikan mereka yakin dan tak mahu lagi berpaling ke jenama yang lain. Selain kualiti fabrik dan material yang digunakan, keselesaan juga antara faktor utama mengapa ramai yang memilih Premium Beautiful. 

Apabila menyentuh isu harga yang MAHAL, jom kita congak-congak berapa harga yang perlu kita bayar yang mana bukan sahaja kita mendapat satu Set Korset Premium Beautiful malah kita juga dijamin untuk kekal langsing dan sihat sepanjang hayat... Contoh pengiraan ini diambil berdasarkan tempoh paling minima pelanggan yang membeli set kedua PB iaitu 2 tahun.

Harga minima Korset Premium Beautiful = RM2200
2 tahun = 365hari x 2 tahun = 730 hari
RM2200 / 730 hari = RM3.01 sehari

Jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan makan kita sehari (surirumah) bagi seorang individu, jumlah perbelanjaan makan sehari tidak kurang dari RM10 sehari (lunch+dinner)
Itu belum dikira sekiranya kita decide untuk makan luar atau just drive thru di McDonald atau KFC... pasti lunch sahaja telah menghampiri RM20. Dengan RM20 yang dibelanjakan di McDonald atau KFC, kita bukan sahaja kenyang, malah kita juga berpotensi untuk menambah berat badan sekaligus mampu mengundang pelbagai penyakit yang membebankan tubuh badan kita. 
Nauzzubillah...

Ngeri kan fakta ni?

Doa moga dijauhkan kita dari menghidapi penyakit2 yang merbahaya ni

Apa sebenarnya punca utama untuk menghhidap penyakit-penyakit berisiko ini?
Yang Shima lihat, punca utama ialah permakanan dan juga kurangnya aktiviti fizikal. Hidup di negara maju seperti Malaysia, kebanyakan kita didedahkan dengan lambakan junk food yang mudah dan cepat diperoleh. Kebanyakan kita pula memang jarang meluangkan masa untuk bersenam atas faktor masa dan keadaan seperti masa lebih lama diluangkan di dalam kenderaan kerana jem atau jarak di antara tempat bekerja jauh dari tempat kita tinggal. Hanya sampai di rumah jam 8 malam dan sememangnya kita tiada masa untuk bersenam. Shima yakin sangat bahawa faktor seperti ini yang mendorong kebanyakan kita untuk menghidap penyakit berisiko yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang, beban kepada usus dan hati dan kegagalan jantung yang boleh mengakibatkan strok yang boleh membawa maut!

Di sinilah FIR sangat penting bagi tubuh badan kita. Teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R) yang ditanam di setiap benang di dalam Korset Premium Beautiful bukan sahaja memperbetulkan pengaliran darah dalam badan kepada tahap optimum malah akan meningkatkan kadar metabolisma badan manusia.


Berjogging selama 30 minit membakar 350 kalori di dalam badan kita.
Pemakaian Korset Premium Beautiful selama 1 jam membakar 900 kalori di dalam badan kita walaupun sambil bekerja di pejabat atau sambil-sambil jaga anak di rumah...

MANA SATU PILIHAN KITA?

Anda mampu mengubahnya... call/ whatsapp/ telegram/ message Shima untuk konsultasi percuma di 

013-6030 326 atau emel : acuwani@yahoo.com

Hadiah percuma menanti anda!


Sunday, July 31, 2016

Premium Beautiful - Memelihara Rahim Wanita


 Testimoni pelanggan yang menggunakan Korset Premium Beautiful semasa berpantang

Seorang lagi pengguna bertuah yang telah memilih Korset Premium Beautiful sebagai korset berpantang
Rata-rata pengguna menyatakan kesan dari penggunaan yg sangat optimum terhadap kesihatan serta kecerdasan badan
Terutama kepada mereka yang baru lepas melahirkan anak
Biarpun terpaksa membuat kerja rumah sendiri kerana tiada pembantu
Alhamdulillah Korset Premium Beautiful  telah membantu pengguna menjaga rahim yang masih dalam proses pemulihan agar tidak terdedah kepada pergerakan yang banyak
Sungguhpun pengguna bergerak untuk membuat kerja rumah
Dalam keadaan ini, rahim dapat dipulihkan dalam masa yang lebih singkat
Malah darah kotor dapat dikeluarkan dengan lebih cepat dan rahim berada dalam keadaan bersih dan sihat
Mendapan darah kotor yang gagal dikeluarkan akan mengundang penyakit berbahaya seperti barah dan sebagainya
Nuzubillah
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Korset Premium Beautiful ini... boleh berhubung terus atau klik di tab harga

Love ya!

Saturday, July 30, 2016

Lagi Kelebihan Premium Beautiful

Salam buat reader semua
Kali ini shimah senaraikan kelebihan korset Premium Beautiful mengikut bahagian-bahagian dalam set yang disediakan
Setiap bahagian mempunyai kelebihan tersendiri
Sebab tu ada sesetengah pelanggan lebih suka beli satu-satu
Bagi yang berminat nak dapatkan konsultasi
Nak beli satu-satu korset Premium Beautiful ni
Tapi tak tau nak beli yang mana dulu?
Contact shimah dan shimah akan bantu anda untuk buat pilihan terbaik!

Authorized Premium Beautiful Expert Agent

Friday, July 29, 2016

Kelebihan Premium Beautiful

Bengkung sangat popular digunakan sejak zaman dahulu lagi. Kini dengan teknologi moden sedia ada, bengkung bukan sahaja sekadar kain yang panjang yang dibalut ketat-ketat disekeliling badan. Teknologi yang ada telah digunakan bagi menghasilkan bengkung yang berkualiti tinggi serta membawa pelbagai fungsi. Bengkung yang lebih dispesifikkan untuk kaum wanita kini juga boleh dipakai oleh kaum lelaki. Sahajidah Hai-O menggabungkan teknologi moden dan juga perubatan Cina telah menghasilkan bengkung berkualiti tinggi iaitu Premium Beautiful Corset (Korset Premium Beautiful).

Premium Beautiful Elegance

Premium Beautiful Classic

Sambutan terhadap Korset Premium Beautiful ni malas nak cite. Memang sangat menggalakkan. Padahal harganya agak mahal kan? Cuma tula, ramai yang dah ada kesedaran untuk jaga kesihatan dari awal. Mahal pun, bukan kena tukar-tukar lagi, Beli sekali dan pakailah sampai bila-bila. Kalau rosak, cepat-cepat bagi kat authorized agent. Pihak Hai-O akan baiki secara percuma. Seumur hidup percuma. Kecuali yang gunting sendiri. Atau yang tahap koyak rabak tak boleh bercantum. Erm...

Sekarang terdapat 2 design yang menarik. Premium Beautiful Elegance materialnya lebih lembut. Sangat sesuai untuk proses pembentukan badan. Materialnya yang lembut membuatkan si pemakai berasa sangat selesa. Sampai kadan-kadang si pemakai tak perasan yang dia sedang pakai korset. 

Premium Beautiful Classic pula adalah design asal semasa Korset Premium Beautiful dicipta. Materialnya juga selesa dan sangat sesuai bagi yang nak kuruskan badan. Selalunya shimah akan advice bagi pelanggan yang mempunyai berat badan 70kg ke atas. Berwarna hitam. 

Kedua-dua design Korset Premium Beautiful ini membuatkan si pemakai tampak lebih tampil dan bergaya. Badan menjadi lebih kemas dan 'terletak'. Bagi wanita, aset-aset penting seperti payudara akan lebih menonjol dan tidak mudah kendur.

Yang paling istimewa Korset Premium Beautiful ialah, kesan pemakaiannya adalah serta-merta.

Pembentukan badan hanya selepas 5 minit menggunakan Korset Premium Beautiful

Pemakaian secara berterusan akan mendedahkan anda kepada semua kebaikan yang ada di dalam Korset Premium Beautiful yang mempunyai FIR yang tertanam di setiap benangnya. Pengaliran darah seluruh tubuh akan diperbaiki dan pengguna akan kelihatan lebih muda remaja. Toksin di dalam badan juga akan dikeluarkan serta-merta. Suhu badan juga diseimbangkan mengikut kesesuaian cuaca dan keadaan sekeliling. 

Bertuanya orang zaman sekarang, tak perlu lagi guna bengkung yang dibalut-balut keliling badan. Nak ke tandas pun agak susah dan mengambil masa. Kain yang terperap lama di badan juga boleh menimbulkan rasa gatal dan miang. Dengan Korset Premium Beautiful, tidak timbul masalah gatal dan rimas. Kulit senantiasa rasa selesa. 

Boleh call shimah untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan Korset Premium Beautiful.
Harga? Inshaa Allah boleh je dirunding

Authorized Premium Beautiful Expert

Thursday, July 28, 2016

Bengkung Lelaki


Wah... bangga tau abang ni pakai Korset Premium Beautiful
Lelaki pun harus pakai korset tau
Sebab kebaikan korset ini adalah sangat menyeluruh
Lelaki yang mengalami perut buncit juga boleh mengenakan Korset Premium Beautiful untuk mendapatkan bentuk badan idaman

So abang-abang
Jangan ingat isteri-isteri je perlu jaga badan
Dan kelihatan menawan
Serta sihat luar dan dalam
Abang-abang pun berhak mendapat keistimewaan yang sama

Call saya untuk maklumat lanjut
Pelanggan bertuah akan mendapat diskaun dan hadiah istimewa!!

Authorized Premium Beautiful Agent



Wednesday, July 27, 2016

Cyst Kecut Selepas 3 Minggu Pakai Premium Beautiful


Subhanallah!
Pemakaian Korset Premium Beautiful secara konsisten berjaya mengecutkan cyst
Dengan petunjuk dari Allah, sis ni telah memilih untuk memakai Korset Premium Beautiful 
Dan berkat istiqomah dari pemakaiannya, cyst yang beliau alami telah kecut

Ramai yang tahu kesan cyst pada tubuh badan seorang wanita
Ia bukan sahaja membuatkan seseorang wanita itu sukar hamil
Malah ia memberi kesan terhadap kesihatan wanita
Ada yang kata rahim ni ibarat nyawa seorang wanita
Sihat rahim maka sihatlah wanita itu
Kalau sakitnya rahim...maka akan effect lah keseluruhan tubuh wanita itu
Malah wajah juga nampak suram... tidak bermaya
Kandungan FIR yang ditanam disetiap benang Korset Premium Beautiful menjadikan badan wanita itu senantiasa suam dan metabolisma badan juga meningkat
Pada suhu begini cyst sukar untuk membesar
Malah ada sesetengah kes, cyst akan mengecut dan keluar secara semulajadi dari tubuh
Alhamdulillah... Allah telah membentangkan alternatif ini

Tak salah memilih yang mahal kerana ia adalah yang terbaik 
Dan mampu menjamin kesihatan badan kita hingga ke tahap optimum

Authorized Premium Beautiful Agent

Premium Beautiful - Membentuk Postur Badan

Picture credit to : http://honeykoyuki.blogspot.my/

Pemakaian Korset Premium Beautiful bukan sahaja tertumpu untuk menguruskan badan sahaja
Sebenarnya khasiat pemakaian Korset Premium Beautiful ini sangat banyak
Jangan kata orang yang sihat walafiat tidak memerlukan korset yang berkualiti
Ini kerana penjagaan kesihatan haruslah bermula sejak awal lagi
Bak kata perpatah, sediakan payung sebelum hujan
Penggunaan korset dalam kehidupan seharian membantu kita untuk lebih berdisiplin dalam penjagaan kontur badan
Malah penting juga dalam penjagaan tulang belakang
Tanpa bantuan atau support, kita mudah untuk duduk dalam posisi yang tidak betul
Posisi duduk yang tidak betul memberi tekanan kepada tulang belakang 
Ini mengakibatkan tulang belakang menjadi bengkok dan menimbulkan rasa sakit
Kerana tetulang tidak berada di posisi yang betul dan saling menekan sesama sendiri

Tulang yang bengkok...berjaya dibetulkan dengan penggunaan Korset Premium Beautiful

Lebih teruk tulang mula menekan urat-urat yang boleh mengakibatkan kesakitan yang amat sangat
Dari pengalaman Shimah sendiri, penggunaan Korset Premium Beautiful membantu Shimah untuk jalani hidup dengan lebih berdisplin
Maksudnya... Shimah takkan duduk secara membongkok
Postur senantiasa tegak dan tidak membebankan tulang belakang
Alhamdulillah, ia sangat membantu mengurangkan sakit belakang yang dialami
Subhanallah...

Harga Korset Premium Beautiful mungkin mahal 
Namun pembelian hanya sekali seumur hidup
Dan jaminan baikpulih sepanjang hayat korset

Untuk pembaca blog tersayang, Shimah nak bagi harga special!
Nak tau? Jangan lupa contact Shima ye
Daaaa....

Authorized Premium Beautiful Agent Expert

Tuesday, July 19, 2016

Harga Runtuh Premium Beautiful

Subhanallah.... ketara sangat perubahan kan
Cik adik kita ni pengguna tegar Premium Beautiful 
Dan alhamdulillah dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman!
Beruntung sangat sebab seawal usia lagi dah memilih untuk sihat
Korset Premium Beautiful ni memang agak mahal 
Tetapi penggunaannya seumur hidup
Boleh pakai sampai bila...
Dan kalau rosak seperti koyak... tetulang patah... cangkuk tercabut
Hantar je kepada mana-mana agen berdaftar
Dan Korset Premium Beautiful anda akan dibaiki secara PERCUMA
Sampai bila2
Ia merupakan pelaburan seumur hidup
Bukan sahaja untuk kekal langsing 
Malah anda akan lebih sihat kerana kandungan FIR yang dijahit didalam setiap benang
Subhanallah
Memang hebat sangat produk ni
Sebab itu ia tetap menjadi pilihan ramai sehingga kini

Sekarang Shimah nak offer HARGA RUNTUH untuk Premium Beautiful ni
Contact Shimah sekarang... ada SPECIAL FREE GIFT nak bagi ni... 

Authorized Premium Beautiful Expert

Tuesday, July 12, 2016

PROMOSI Celgynic Gold Murah!

Assalammualaikum everyone!!!

Subhanallah.... ramai yang masih dalam MOOD RAYA!

Tetapi dalam sibuk beraya ni, kita tetap perlu menjaga kesihatan agar badan senantiasa segar dan ceria. Penting tau kesihatan yang baik kerana tanpa kesihatan yang SUPERB susah untuk kita menjalani kehidupan dengan lancar. Bila dah tak sihat tu mula lah kita rasa lemah-lemah badan... kepala rasa berat... mula lah rasa malas dan jadi pelupa. Maka susahlah nak organize jadual seharian. Macam-macam lah kesan yang akan berlaku bila badan tidak rasa cergas. SO... menjaga kesihatan adalah WAJIB!

Antara perkara yang perlu kita titik beratkan ialah pengambilan makanan yang berkhasiat dan juga seimbang. Namun ketika musim perayaan ni, susah nak jaga semua tu.. nak-nak lagi, sekarang ni hampir setiap hujung minggu ada jemputan rumah terbuka. Ada juga yang buat waktu malam selepas waktu bekerja! makanan yang dihidang pelbagai dan juga menarik. Subhanallah! rugi kalau tak cuba semua.

Akibatnya... badan menampung makanan yang berlebihan, kandungan toxid dalam badan meningkat... paras kolestrol melebihi dari keperluan badan. Antara risiko yang mungkin berlaku ialah:

Darah Tinggi
Kencing Manis
Masalah Buah Pinggang
Stroke
Pelupa
Rabun
Panas Dalam
Dan banyak lagi.... 

Bagi mengelakkan dari menghadapi penyakit-penyakit yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia ni, kita digalakkan untuk menjaga permakanan. Sebagai jalan penyelesaian dan juga untuk mengelak permasalahan ini..... SHOM telah memperkenalkan CELGYNIC GOLD!


Apa itu CELGYNIC GOLD?





Produk ni dikeluarkan semula oleh SHOM dgn ENHANCED FORMULA.  Shimah dah try celgynic gold ni dan antara ksan yg ketara ialah:

Lebih fokus masa memandu

Tak gatal2 lps mkn seafood padahal shima mmg alergik seafood !
Good news kan!


Celgynic Gold ni gabungan herba2 berharga iaitu :

LECITHIN
LINGZHI
CORDYCEPS
GOJI BERRY
AMERICAN GINSENG
DUZHONG


LECITHIN


Lesitin awalnya adalah diasingkan dari kuning telur pada tahun 1846 oleh ahli kimia Perancis Theodore Gobley


Satu komponen sel penting yang terdapat dalam setiap sel badan.


Kaya dengan nutrient penting seperti choline yang penting untuk fungsi mental dan perkembangan otak.


Lecithin ni berfungsi mengawal aliran nutrien keluar-masuk ke sel badan.. Lecithin akan membersihkan sel... so sel yg ade lecithin ni akan sihat... awek muda la... kalau sel yg xde lecithin akan letih dan sakit. 

Nampak kan kenapa wanita suka sgt amik lecithin sb nak nampak muda remaja dan juga sihat!! Lecithin boleh pecahkan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecik2 supaya senang dikeluarkan oleh badan. Sebab tu antara nama popular celgynic gold ialah fatshooter

Lecithin juga kaya dengan CHOLINE... bagus utk OTAK. Choline ni peranan dia... sbg pnyampai signal dr luar ke dlm sel... CHOLINE DIGUNAKAN UTK MEMBUAT ASTILKOLINA YAKNI NEUROTRANSMITTER YG DIPERLUKAN UTK MENGHANTAR IMPULSE SARAF DR MANA2 BHGN TUBUH BADAN KE OTAK. Org yg ade masalah dgn neurotransmitter bole menyebabkan penyakit :

  1. ALZHEIMER
  2. DEMENSIA
  3. AMNESIA
  4. dan byk lagi....

Choline sbnrnya bagus utk ibu2 lps mengandung. Utk pulihkan ingatan jangka pendek. Sb slps bersalin 100 urat halus putus mmg effect short term memory. Pernah tbaca dulu tp xbyk produk yg ada Choline.

Berikut adalah beberapa dakwaan kesihatan yang mengatakan bahawa lesitin mempunyai kelebihan seperti:
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
  • Menguatkan hati dan sel fungsi
  • Pengangkutan dan metabolisme lemak
  • Rawatan yang lebih baik untuk batu karang
  • Meningkatkan daya ingat, kebolehan pembelajaran dan masa tindak balas
  • Pertumbuhan rambut yang sihat dan kulit
  • Meningkatkan komunikasi sel
  • Prestasi fizikal dan daya tahan otot yang lebih baik
  • Pelepasan arthritis

LINGZHI



  • Lingzhi berfungsi meningkatkan fungsi immune dgn merangsang sel2 darah putih serta mencegah pertumbuhan kanser dan menghalang pertumbuhan bakteria dan virus.
  • Lingzhi juga mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai polisakarida.
  • Ini dapat meningkatkan fungsi imun dengan merangsang sel-sel darah putih (leukosit)
  • Penyelidikan telah menunjukkan bahawa beta-glucan & gula kompleks yang terdapat dalam
  • Lingzhi boleh mencegah pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser.
  • Lingzhi mempunyai spectrum yang luas terhadap aktiviti antibakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria dan virus.

CORDYCEPS


  • Cordyceps bertindak meningkatkan tenaga & mengurangkan keletihan serta menguatkan sistem immune badan dan juga meningkatkan stamina dan sistem pernafasan pernafasan (sgt2 bagus utk athma)
  • Secara tradisinya, cordyceps telah dianggap sebagai ejen utama bagi memulihkan tenaga, menggalakkan panjang umur dan meningkatkan kualiti hidup.
  • Kebaikannya adalah 
    • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
    • Menguatkan sistem imun
    • Meningkatkan stamina dan sistem pernafasan


GOJI BERRY


  • Mengandungi vitamin C & serat yg tinggi
  • Bagus untuk kecerahan mata (org cina salu masuk dlm sup) 
  • Antioksida

AMERICAN GINSENG


  • Ginsenosides (Saponin) yang terkandung dalam ginseng telah memberikannya ciri-ciri perubatan.
  • Kebaikan American ginseng ialah :
    • Meningkatkan sistem immune badan
    • Menghalang pertumbuhan tumor
    • Meningkatkan prestasi dan kesihatan mental

DUZHONG


  • Merupakan kulit kayu yg dikeringkan dari eucommia@pokok getah
  • Menguatkan tulang dan otot
  • Mengurangkan tekanan darah



Fungsi CELGYNIC secara keseluruhan :
  1. Menyembuhkan & memperbaiki membran sel
    • Lesitin – komponen utama dari membran sel
    • Membantu menyembuhkan & memperbaiki membran sel
    • Mencegah pengerasan membran sel
    • Sel sihat = Badan yang lebih sihat
  2. Menggalakkan kesihatan jantung & salur darah
    • Membantu mengurangkan LDL dan trigliserida & meningkatkan HDL
    • Menghambat pembentukan plak pada dinding arteri -
    • Mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung .
  3. Menguatkan daya ingatan dan kebolehan belajar
    • Sumber choline yang sangat baik penting untuk pelbagai fungsi otak.
    • Menjana semula dan menghidupkan sel-sel otak.
    • Meningkatkan daya tumpuan & kebolehan pembelajaran.
    • Menguatkan daya ingatan.
  4. Menggalakkan kulit & rambut sihat 
    • Mengurangkan uban!Melembutkan & melembapkan kulit dan rambut.
    • Menggalakkan pertumbuhan kulit & rambut yang sihat.
  5. Ejen pengemulsi 
    • Pemecah lemak dgn mencairkan lemak keras serta meningkatkan metabolisme lemak!
  6. Membantu penyerapan vitamin A,D,E,K
  7. Meningkatkan sistem immune badan
    • Kombinasi lesitin dengan herba traditional cina yang berharga – menguatkan stamina tubuh badan
  8. Memelihara kesihatan hati & mengurangkan risiko pembentukan batu karang mengurangkan risiko arthritis

CARA PENGAMBILAN CELGYNIC GOLD


1 Botol Celgynic Gold mengandungi 120 biji softgels (RM153 +free poslaju)

Pengambilan sebanyak 2x sehari. 
Diambil selepas makan. 
Boleh diambil antara 4-6 softgel


Pada yang berminat.... contact Shimah tau. Jom sembang-sembang pasal Celgynic Gold ni. 
Product ni memang fast selling sebab effect dia sangat cepat dan ramai pengguna yang berpuas hati! Alhamdulillah!

Just whatsapp/ message/ call :


Thursday, June 2, 2016

MARHABAN YA RAMADHAN



Subhanallah... lagi 3 hari kita akan sambut bulan Ramadhan yang mulia. Setiap tahun, Shima paling xcited nak sambut Ramadhan. Dan sebelum kedatangan bulan yang mulia ni, Shima dan mak dah awal-awal prepare semua keperluan. Terus terang cakap, dalam 2 minggu ni Shima dah terasa macam dah berada di bulan Ramadhan. Subhanallah... feel dah ada. Tinggal nak sambut je ni. Target Shima ialah nak capai maxima kepuasan beribadah. Kalau boleh tak nak miss satu pun. Moga Allah permudahkan dan kekalkan niat istiqomah Shima ni. 

Di sini Shima nak share ibadah-ibadah tambahan yang sgt disarankan untuk kita istiqomah mengerjakannya dalam bulan Ramadhan mengikut amalan Rasulullah SAW:-

PERTAMA : Menyegerakan berbuka puasa

Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana di dalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah saw bersabda :-

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (HR. al-Bukhari dan Muslim)

KEDUA : Melaksanakan makan sahur

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
"Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." (HR. Bukhari dan Muslim)

KETIGA : Membaca Al-Qur'an (Tilawah)
Ayat Al-Qur'an diturunkan pertama kali pada  bulan Ramadhan. Maka tak heran jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur'an di bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.
Imam Az-Zuhri berkata "Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain beruasa adalah membaca Al-Qur'an". Bacalah dengan tajwid yang baik dan taddabur, pahami dam amalkan isinya. Inshaa Allah kita akan menjadi insan yang berkah.
Buatlah target untuk diri kita sendiri. Jika di bulan-bulan lain kita khatam mebaca Al-Qura'n dalam sebulan maka di bulan Ramadhan kita target khatam 2x. Atau lebih baik lagi, kita cuba menghafal Al-Qur'an itu sendiri. Subhanallah... bayangkan Al-Qur'an telah tertanam di dalam hati. Tak tergambar bagaimana jiwa kita ketika itu.

KEEMPAT : Memberi Makanan Berbuka Puasa

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى
"Barangsiapa yang memberikan makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu (Sohih Nasa'i dan Tirmidzi)

Amal ibadah mulia ini dapat dimanfaatkan dikalangan jiran tertangga dan saudara mara terdekat. Ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama muslim. 

KELIMA : Berdakwah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kpada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung" (TQS. Al-Imran[3]:104)

Namun pastikaa kita memberi nasihat perlu ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullag SAW "Barangsiapa menunjuk kebaikan... baginya pahal sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedkitpun"

KEENAM : Solat Terawikh
Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat Terawikh. Yg paling perlu diingat ialah Solat Terawikh juga boleh dilakukan di rumah.

Rasulullah SAW pernah khuatir krn takut Solat Terawikh dianggap menjadi solat wajib kerana saban hari semakin ramai yg ikut solat berjemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat Terawikh di rumah.

KETUJUH : I'tikaf
Inilah amaliyah ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini dikomentari oleh Imam Az-Zuhri, “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat”.

KELAPAN : Lailatul Qadar
Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk bida meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

“Barangsiapa yang shalat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa :-

“Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku….

KESEMBILAN : Umrah
Jika kita punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Krn, pahalanya berlipat-lipat kali ganda. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, krn nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW (HR. Bukhari dan Muslim).

SEPULUH : Bertaubat
Dalam bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu ampunan bagi seluruh hambanya. Karena itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

SEBELAS : Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Moga Ramadhan tahun ini membawa berkah di dalam hidup kita sekeluarga... ameennn...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...