Alhamdulillah
Diberi kesempatan lagi utk aku menulis di sini.
Kali ini aku ingin menyentuh kisah kembara aku dan mak tercinta ke negara orang. Pada bulan Mei 2008, aku dan mak diberi peluang menunaikan ibadah umrah selama 15hari 14 malam. Alhamdulillah, perjalanan kami dimudahkan, berpeluang mengenali makcik2 yg berada dalam rombongan yang sama. Luas lagi tali silaturrahim yg dibina sekaligus membuka mata dan pengalaman kepada diri ini. Perjalanan selama di kota Madinah dan Kota Mekkah terasa singkat, cuba kalau tempoh tersebut aku berada di Malaysia, pasti waktu terasa lambat berlalu. 2 hari terakhir di sana aku sayu memikirkan perpisahan yg bakal dihadapi. Entah bila akan berpeluang lagi menjejak kaki ke Tanah Suci ini.
Pada 9 Oktober 09 yang lalu, aku dan mak berpeluang ke Beijing China. Alhamdulillah, Allah melimpahkan rezeki buat kami, menjejak negara orang yang pastinya punya budaya yang amat2 berbeza dgn kita. Kami menghabiskan masa 5 hari di sana. Kota Beijing mmg besar dan cantik, tiada tolok bandingnya. Melawat ke istananya saja buat kami mengeluh beberapa kali kerana keletihan.
Antara Mekkah&Madinah dan Beijing, terlalu byk bezanya. Beijing bgn2 nya cntik, senibina yang tiada tolok bandingnya. Penuh warna, bersih dan indah. Mekkah...jika di kawasan masjid barulah berpeluang tgk binaan2 terkini, di tempat lain, rumah2nya dibina di lereng2 bukit dan terlalu usang. Tetapi dgr cerita skrg rumah2 usang tersebut telah dirobohkan dan dibina rumah2 dan bgn baru. Beijing sejuk tetapi udaranya tercemar, mulanya aku ingatkan kabus rupa2nya pollution. Mekkah udaranya panas, bibir kami pecah2, pipi mak memerah mcm pakai blusher.
Itu beza tentang hal dunia, lahiriah yang boleh dipegang dan dilihat dari mata kasar. Tetapi dari segi batiniah, hati, emosi dan nurani... di Mekkah&Madinah hati kami sejuk, sayu...tenang. Jiwa yang tak pernah kami rasa sepanjang hidup ini. Kami senantiasa berhati2 dlm berkata2 krn di Mekkah&Madinah semuanya diberi secara 'tunai'. Kasih sayang yang amat dekat dgn Allah. Tentang makanan dan minuman, tak perlu ragu2 krn semuanya org Islam..org kita. Hati lebih yakin. Betapa tenangnya di Kota Suci tak dapat dicerita dgn perkataan dan tak dpt diluah dgn lidah. Allah saja Yang Maha Mengetahui.
Tetapi di Beijing, hari ke-2 kami sudah meronta nak pulang ke tanahair. Tptnya nyaman, ttp pergi manapun rasa tak selesa. Hati pun kurang tenang dgn tingkah org2 di sana terutama sekali para peniaga yg kalau boleh nak bergaduh ketika menjual brg. Makanan yg jauh sekali dgn selera kita. Jika menurut tourist guide kami, kedai nya halal tetapi rak botol2 arak pasti ada di setiap kedai. Itu belum lagi menyentuh soal tandas, tiada air..kena la mengusung botol ke sana dan ke mari. Di masjid pun tandas tak ada paip. Mcm tak puas beristinjak.
Sesungguhnya bumi pilihan Allah tiada tolok bandingnya. Selepas ke Beijing, aku dan mak dah decide mungkin kami tak mahu lagi ke tpt lain. Sekiranya ada rezeki lebih dan diizinkan Allah, aku dan mak mahu ke Mekkah&Madinah untuk percutian kami yang akan datang. Bercuti biar dpt membawa pulang hati yg tenang, barulah dpt meneruskan kerja dgn gembira dan hati terbuka.
nota kaki : tetapi teringin juga nak ke Bandung, Indonesia... tetapi kalau boleh nak ke Mekkah&Madinah sekali lagi baru ke Bandung. Insya Allah


