Tuesday, September 22, 2015

Kebaikan Korset Premium Beautiful

Kebaikan Premium Beautiful:
  • Stretchmark gone
  • Selera makan kurang
  • Kerap buang air kecil & besar
  • Kerap buang angin
  • Gastric pain tak ada
  • Lebih bertenaga
  • Berat turun
  • Sakit kepala berkurangan
  • Nip breast warna cerah
  • Girdle tidak bergulung spt yg terdapat di pasaran
  • Breatheable material (aquatek & aquadyne)
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman. 

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :


  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh (FIR) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
Mahu merasai sendiri kebaikan Korset Premium Beautiful ini di tubuh anda... walau di mana saja anda berada, hubungi saya :

Shimah Sim
0136030326
I'm Premium Beautiful Expert

Thursday, September 17, 2015

Derita Sakit Belakang 2

15 Mac 2015 - Tiba masa untuk mengerjakan umrah. Seronok tak terkira. Cuma aku agak sedih sebab yang pastinya pergerakan tak boleh selincah dulu. Doktor siap pesan,,,, cuba elakkan dari jatuh atau lebih tepat JANGAN SESEKALI JATUH!. How can we control that. Since kita tahu di Madinah dan Madinah, berhimpit2 di dalam lautan manusia adalah perkara biasa. Aku redha je dan teruskan juga niat. Hanya krn Allah dan aku berdoa, moga Allah temukan aku dengan sebaik2 cara untuk menyembuhkan slip disc aku ni.

kami di Jabbal Rahmah

Nak dijadikan cerita, di Madinah terdapat masalah susunan bilik oleh pihak pengurusan travel agency. Kami menempah untuk duduk kami sekeluarga sebilik which means 5 org sebilik, tetapi kami terpaksa terpisah. Aku ditakdirkan sebilik dengan Makcik Asiah, seorang pensioner. Dia baru pencen tak sampai setahun sebagai jururawat. Yang aku faham, Makcik Asiah ni berpangkat jugalah dalam jawatan jururawat tu. Cuma tak ingat pangkat apa. 

Akak dan Makcik Rosiah (kawan baik Makcik Asiah) di Bir Ali

Masa balik dari Raudhah...aku mengeluh belakang aku sakit. Nak nangis pun ada. Puncanya sebab masa menunggu tu kan kena duduk bersila lama... untuk org slip disc macam aku ni, tu semua boleh mendatangkan rasa sakit yang amat kepada aku. Sesampai di bili, aku jalan pergi balik dalam bilik.  Sambil pegang pinggang belakang. Just try to release the pain. But it's not.

"Kenapa dok pi mai pi mai?" tanya Makcik Asiah, bila dia tengok aku yang macam kucing nak beranak.
"Saya ni baru tau kena slip disc acik, ni sakit ni" kataku...
"Ooo... hang kena pakai corset la. Memang elok sakit slip disc pakai corset. Sambil2 ble kuruih kan sket badan hang tu..." 

Aku terdiam. Sekali lagi aku dengan perkataan 'corset keluar dari mulut seorang medical expert.

"Hang carik Premium Beautiful..." kata Makcik Asiah lagi dalam loghat Kedah yang pekat.

Aku hanya angguk, mulut diam tapi otak ligat berpikir. Rasa ingin tau tentang PB semakin kuat. 

"Makcik agen ke?" 
"Dok aiii...hang carikla google ka....byk la org juai" 

Dan zappp... wait no more.... dan hasilnya, Alhamdulillah sakit bukan nya semakin kurang, tapi hilang terus. Rasa terharu sangat. Takleh bayang kalau terpaksa menanggung sakit sepanjang hayat. Sampaikan hobi travel sana-sini pun terpaksa ditolak ke tepi. Sebab memikirkan macam mana nak angkat luggage, nak naik bas.... huh.... And now I'm planning for my next trip.





Tuesday, September 15, 2015

Derita Sakit Belakang

Salam ukhuwah kepada reader semua

Dah lama sebenarnya tak berblog. Niat untuk terus berblog senantiasa ada tapi sering saja dilupakan kerana passionate macam masa mula2 berblog dulu dah kurang. Sekarang rasa nak terus berblog, tetapi dengan lebih kepada berkongsi ilmu dan pengetahuan. Terutama tentang sakit yang aku alami.

Dari tajuk pun dah jelas yang aku mengalami sakit belakang atau ramai lebih familiar dengan term slip disc. Ia bermula seawal tahun 2015, yang mana aku dan adik-beradik yang lain bercadang untuk mengerjakan ibadah umrah. Lantaran dari niat itu dan juga pengalaman mengerjakan ibadah umrah sebelum ini, aku dan mak sangat menekankan bahawa memilikki stamina yang baik dan stabil adalah kunci dalam melaksanakan umrah. Yela, seperti yang semua sedia maklum, dalam melaksanakan umrah menuntut kita untuk melaksanakan tawaf, sai... yang mana melibatkan aktiviti berjalan kaki untuk satu jarak yang jauh. Itu belum lagi ambil kira berjalan pergi dan balik dari hotel. Masa kami datang ke Mekkah pada tahun 2013, jarak hotel dan Masjidil haram adalah 1.8km sehala. Bayangkan pergi dan balik. Mencungap juga dibuatnya walaupun umur takla setua mana. Itula sebab kami menekankan kepentingan stamina yang tinggi. Maka aku dan mak decide akan keluar berjogging di Dataran 1Malaysia Klebang setiap Sabtu dan Ahad. Yeah...!

ewah2 mak... kemain joging2 manja

breath in....breath out...

7 Februari 2015 - Tarikh ini merupakan tarikh hitam dalam hidup aku. Kenapa? Aku rasa bagai nikmat hidup ini dah berada di penghujungnya. Sebelum keluar joging, aku bersiap-siap. Semasa gosok gigi tu aku bersin yang agak kuat dan.... belakang terasa jem. Kaku tak boleh buat apa. Tak boleh tunduk, tak boleh ke kiri dan ke kanan. Sakit tak boleh nak cerita. Aku tahu ada sesuatu yang berlaku dgn tulang belakang ku. Tapi aku cuba nafikan dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi mana mampu menjadi biasa bila hidup tak seperti dulu. Jalan tegak je. Bangun duduk terpaksa capai apa2 di sekeliling untuk bangun. Solat, terpaksa guna kerusi. Angkat handbag pun rasa macam angkat batu yang besar dan berat. 

Akhirnya aku terpaksa akur dan merujuk ke pakar tulang. Perkara pertama yang doktor buat ialah, dia jeling aku. Marah kerana simpan sakit terlalu lama. Aku ditahan di wad. Selama seminggu. Sehari, aku perlu menjalani rawatan menggantung pemberat di pinggang seberat 14kg sebanyak 4 kali, dan juga 2 kali rawatan phisiotherapy urutan. Sakit semakin berkurang, tetapi aku terpaksa bergantung kepada painkiller.

14kg....attached kat pinggang selama sejam... 4x sehari. Azab btol


Sakit belakang bukan sakit yang sikit2. Sakitnya berpanjangan dan seolah tak berkesudahan. Semasa tidur pun terasa sakit. Tak tau mcm mana nak bgtau sakit tu. Lumrah manusia, akan mencari solusi kepada masalah yang mengganggu kehidupan seharian. Begitulah dengan aku. Sepanjang menghabiskan masa di hospital, aku meng 'google' setiap solusi yang mampu mengurangkan kesakitan yang aku alami. Ada yang kata bengkung, ada yang suggest pakai corset... Tak kurang juga ubat-ubatan moden dan tradisional. Hari terakhir di hospital, sebelum aku dibenar keluar. Aku minta pendapat doktor pakar yang merawat. Apa perkara terbaik untuk aku lakukan. Dengan segera di sebut corset. Dan bila aku tanya jenama terbaik yang boleh aku cuba, dengan pantas beliau menyebut Premium Beautiful.

Mulanya aku ragu-ragu juga nak try Premium Beautiful. Yang paling utama adalah kerana harganya yang agak BERDENTUM :P

Wednesday, September 9, 2015

Beijing

Kenangan itu...



Saje mengimbau kenangan di Beijing... manisnya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...