Sunday, January 31, 2016

Premium Beautiful Penipu!

Yep... memang penipu betul korset Premium Beautiful ni. Orang kata nak sihat je... boleh pulak jadi lain. My sister... Suzana Sim aka Kak Sue kata dia nak pakai korset sebab nak tingkat stamina badan. Kak Sue bekerja di syarikat US  yang mana waktu kerja pun ikut waktu US. So dia memang bekerja odd hour. Orang pergi kerja, dia balik kerja... orang balik kerja... dia pulak baru nak pergi kerja. Memang la seronok sebab Kak Sue tak perlu menempuhi jalan jem dan sebagainya... tetapi adakah korang tau, bekerja hingga lewat malam untuk satu tempoh yang panjang (untuk makluman, Kak Sue dah kerja 15 tahun di syarikat tersebut) akan menyebabkan stamina serta ketahanan badan kita menjadi rendah. Metabolisma badan juga akan sedikit merosot. Ini akan mengakibatkan kita jadi senang letih... badan lesu... Jadi atas cadangan aku... Kak Sue decide untuk memakai korset Premium Beautiful...

Nah... adik minta maaf ye kak... Kak Sue jadi semakin langsing dan kurus selepas sebulan mengenakan korset Premium Beautiful... gegel gegel... saya takut!!!

Akibatnya.....
  • Kak Sue menjadi lebih cerdas walau bekerja odd hour
  • Wajah Kak Sue semakin glowing... auww... sampai tak percaya she's now 48 years old
  • Badan Kak Sue semakin ramping
  • Berat Kak Sue semakin berkurangan (tang ni dia tak nak bgtau... rahsia sgt... alaaa... tgk gambar pun dah tau la!)
  • Kak Sue kata... pakej! semua dapat! 
  • So Kak Sue decide untuk bisnes jual korset Premium Beautiful secara part time dan income first month Kak Sue = RM4k+
Itulah kisahnya Kak Sue mangsa penipuan korset Premium Beautiful... sekian...

Hehehe... :p :p

Opsss... promosi BIRTHDAY masih berlangsung tau!

Whatsapp/ Mesej/ PM - SHIMAHZ BIRTHDAY PROMO hantar ke 013-6030 326


Premium Beautiful Melaka Agent





Thursday, January 28, 2016

My Birthday


28 Januari 2016 dan buat kesekian kalinya aku menyambut Hari Lahir. Cuma tahun ni cara celebrate dia lain sikit, sebab selalunya aku akan apply cuti... spend time kat rumah dan berehat sehabis baik... hehe. Tahun ni aku tak apply cuti. Rasa nak bekerja seperti biasa. Not bad juga sambut birthday sambil bekerja. Takde la terasa sgt usia menginjak. Malah rasa semakin muda remaja.. hihu... jgn perasan ye... :P Sambut birthday sebagai Business Woman lebih terasa puasnya berbanding sebagai si pemakan gaji aka keje dengan orang aka penunggu gaji cukup bulan... hihi... walau aku perlu buat 2 kerja seperti yang di war2kan pak menteri, aku puas. Sebab terlalu banyak kelebihan dan kelegaan yang aku peroleh. Walaupun hanya menjual korset, pendapatan tambahan yang aku peroleh kerap saja melebihi gaji kerja hakiki. Alhamdulillah... syukur Ya Allah...

Thanx adik kila... celebrate birthday akak



Bertuah... dapat sambut detik 12 malam bersama kakak tersayang di majlis ilmu - Dolomite Training Centre

Sahabat dari zaman sekolah... moga berkekalan hingga ke akhirat

Sempat melayan perasaan di sebelum sambut umur baru... Kedai Emas Huwaida, Bukit Gambir

Mak masakkan makanan kegemaran. Sori tak sempat nak snap sebab dah kena baham dengan rakusnya... huhu...

Apepun life must go on. Sungguhpun banyak ranjau dan liku yang telah ditempuh sepanjang usia ku ini, bagi aku masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan untuk jadi lebih matang. Demi Allah, aku mahu jadi manusia yang sentiasa patuh akan suruhanNya, menjadi anak yang bermanfaat buat kedua mak dan abah aku. Menjadi adik yang baik kepada abg2 dan kakak. Seorang sahabat yang sentiasa berguna buat sahabatnya dan buat diri sendiri... aku mahu menacapai misi Business Woman tanpa sempadan seperti mentor-mentor yang sentiasa memberi inspirasi.

Moga Allah perkenankan. Ameen...

p/s : terima kasih tak terhingga kepada semua yang wish birthday... terima kasih di atas ingatan kalian...

psssttt... sapa nak harga promo sempena BIRTHDAY saya ni... sms/whatsapp sekarang SHIMAHZ BIRTHDAY PROMO ke 013-6030 326!!!!

Premium Beautiful Melaka Agent



Sunday, January 24, 2016

Cuti Thaipusam - ABC Aeon Big Melaka

Alhamdulillah, hari ni dapat cuti lagi. Kali ni bersempena perayaan Thaipusam dan luckily Johor adalah antara negeri yang meraikan sambutan perayaan ini. Dan aku yang bekerja di Johor pun dapat tempias. Dapat xtra cuti tanpa perlu tolak annual leave memang tahap heaven bagi orang yang masih bekerja makan gaji mcm aku. Sampai bila ye nak macam ni... insha Allah.. one sweet day... aku akan peroleh timefreedom yang diidam-idamkan selama ni. Ameen...

So cuti ni takkan nak duduk kat rumah je. Pagi2 lagi kami dah susun plan. Kebetulan hari ni semua appointment ditukar ke hari esok. Maka, plan aku cuma dengan mak. Semua rakan kongsi... kita communicate through the fon je ye. Lepas sarapan... kami ke stokis Hai-O top-up mineral coffee dan beli tiket untuk anugerah SM/SSM bulan Mac nanti. Selesai di stokis aku terus drive ke Aeon Big Melaka. Teringin betul nak makan ABC. Bila cakap kat mak... dia kata... "Mak pun..." ok mak...celet.... jom!

ok... datin sedang menikmati ABC... puas hati sangat... sebab banyak kacang...  

Sebab makan ABC yang sedap sangat ni... kami terus decide tak nak makan nasi untuk lunch. Lagipun iol kan pakai korset Premium Beautiful. ABC pun tak larat nak habiskan. Walaupun selera masih ada. Hihi... tulah nasib kami yang pakai korset Premium Beautiful ni. Nak makan melebihi memang tak ada harapan. So apa nak dikata.. harapan tinggal harapan jela. 

Hihi...

Monday, January 18, 2016

Kurang 6kg selepas 2 Bulan?

Huhu... memang seronok la baca tajuk kan. Memang betul pun. Itulah akibatnya bila konsisten pakai korset Premium Beautiful. Mau tak happy bg orang yang dah 5 tahun hidup dengan berat 70kg, dapat turunkan berat ke 64kg. Bagi usia yang telah melebihi 30 tahun, untuk turunkan berat 1kg pun agak sukar. Nak2 bekerja di tempat ber aircond dan senantiasa duduk memerah otak. Aktiviti fizikal memang sangat minima. Dan pemakaian korset Premium Beautiful sangat membantu. 

Kenapa korset Premium Beautiful boleh membantu mengurangkan berat badan? Berikut adalah antara sebab-sebab paling asas dan yang paling mudah difahami :

  • Pemakaian korset Premium Beautiful membuatkan kita senantiasa kenyang kerana korset menekan bahagian perut dan menjadikan ruangan perut kecil.... bila makan pun kita akan cepat rasa kenyang.

  • Menahan nafsu makan yang berlebihan, Ada di kalangan kita yang dah kenyang pun mampu nak makan lagi dan lagi dan lagi (Erm.. aku pun). Apabila kita mengenakan korset, ruangan perut jadi kecil dan kita memang tak boleh nak makan lagi, seriously... TAK BOLEH! kalau dah nak makan juga memang kena buka korset... ooo please jangan buat. Korset ni bukan murah tau, so keep on pakai... ia sangat membantu untuk anda kurus... 
  • Korset Premium Beautiful dilengkapi infrared di setiap ruangan korset. Infrared ni meningkatkan kadar metabolisma badan kita. So kalau sapa-sapa jumpa shimahz... duduk2 pun berpeluh. Tu aku pakai korset la tu. Pakai korset Premium Beautiful 1 jam mampu membakar 900 kalori. 
Berjoging atau pakai korset... what will be your choice? 

Sebab sibuk tak sempat ke gym... apalagi nak berjoging... mengenakan korset yang super selesa adalah pilihan saya! 

Mahal? Memang harga BERDENTUM! tapi berbaloi2... sebab... :
  1. Boleh pakai sampai bila2... boleh pakai hari2 sebab selesa dan tak rasa gatal or sempit or bergulung2... hearkkk!!! no!!!! selama ni dah macam2 jenis korset shimahz pakai tetapi Ya Allah.. seksa sebab gatal... panas dan bergulung! dengan korset Premium Beautiful... semua masalah ni tidak ada... 
  2. LIFETIME WARRANTY... koyak ke... tercabut kancing ke... memeri ke... tali putus ke... sila rujuk authorised dealer dan kami baiki PERCUMA sampai bila2. 
  3. Boleh digunakan sebagai bengkung ketika berpantang... infrared tu memperbaiki organ dalaman secara cepat dan mengembalikan kedudukan rahim dengan lebih berkesan...
  4. Bukan pakai masa dalam pantang je...lepas pantang boleh terus pakai... pakai dan pakai,,,, tidak ada istilah buang jika kita dah beli korset Premium Beautiful. 
  5. Yang paling penting... berat maintain beb... berpeluh cik abang kalau kakak-kakak nak keluar rumah, takut kena ngorat! :P
Ini semua bukan nak berniaga semata... juga nak share kebaikan korset Premium Beautiful ni. Perkara yang baik buat apa nak simpan sorang2 kan. So sebaiknya kita share dan amalkan. Inshaa Allah membawa kebaikan hingga akhirat.

Daaa...


Saturday, January 16, 2016

Happy Birthday Mak Yg ke 70 Tahun

Alhamdulillah.... bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang menyambut ulangtahun mak yang ke 70 tahun.


Besar hati aku dapat sambut birthday mak hari ini walau sambutan sepatutnya dibuat 3 hari lepas. Sebab tarikh lahir mak jatuh pada hari kerja... so terpaksa extend ke hujung minggu. Tarikh lahir mak sebenarnya 13 Januari. Bolehlah kan, yang penting ingatan sebagai tanda penghargaan yang tak berbelah bahagi. I love u mak! Inshaa Allah ada rezeki tahun depan kita sambut kat oversea ye. Doakan rezeki anakmu ini. 

 birthday girl - girl ae? hehe

 tenderloin steak... requested by birthday girl and her cucu

 mine - chicken teriyaki

empunya food... sila abaikan jerawat manis di tepi bibir... huh

 turut meraikan - cucu in crime... eh? hehe

Mahligai Brasserie Restaurant... the best! mmg terbaik!

Sebenarnya weoll nak having the celebration kat Billionaire Restaurant tetapi sebab terlalu ramai dan kami perlu menunggu. Q yang menunggu sebelum kami pun dah panjang so kami ke Mahligai Brasserie Restaurant. Terletak di lokasi yang berhampiran, tak jauh dari Billionaire. Even Mahligai Brasserie Restaurant was our 2nd choice, namun tak menghampakan. Service tip top! Food pun sedap dan selesa. Bravo! Alamat penuh restoran : No 10, Jln Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka, Malaysia (10am - 12am).

Terima kasih juga dekat SHOM! 2016 ni memang tahun baru yang penuh bermakna. Penuh semangat rasanya memulakan tahun 2016 ni! Alhamdulillah Allah beri petunjuk yang terbaik untuk untuk aku dan keluarga. Siapa yang nak order Korset Premium Beautiful di kawasan Melaka, Muar dan Ledang, jangan malu-malu roger kita ye. Daaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...