Wednesday, February 17, 2016

Highway Pantai Klebang



Gambar ini diambil ketika Shimah sedang memandu. Huh, terer ke ape? Jangan risau, kelajuan dalam 30km/jam je. Belakang clear tak ada kereta lain, so kita ambil kesempatan... ngeh ngeh ngeh....

Nampak tenang sangat kan. Jalan ni baru je siap, traffic light pun belum berfungsi. Shimah tak tau la sebenarnya dah boleh guna ke apa. Yang pasti, jalan ni banyak menjimatkan masa kita. Selalunya dari Bandar Hilir (Mahkota Parade/ Dataran Pahlawan) nak ke Tanjung Kling, perlu lalu jalan Limbongan yang agak sesak. Highway baru ni kira macam bagi shortcut la kepada pengguna yang ingin ke arah Tanjung Kling, Sungai Udang dan Masjid Tanah. So sesiapa yang datang ke Melaka dan nak cari jalan pintas yang tak jem... sila lalu highway baru ni ye. Papan tanda arah pun dah disediakan. 

Sekian

Premium Beautiful Melaka Agent



Derita Sakit Belakang 3

Aku merupakan pesakit 'slip disc', dan sehingga kini survive dan dapat menjalani hidup seperti biasa kerana Allah memberi petunjuk bahawa Premium Beautiful mampu membantu aku untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin lagi. Alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat di atas petunjuk Allah ini. Kerana masa mula-mula kena 'slip disc', kehidupan tak ubah macam insan-insan kurang upaya. Nak berjalan...susah. Nak tidur.. sakit. Nak bangun dan duduk semula, bak kata orang... paling azab.


Kenapa pesakit slip disc memerlukan Korset Premium Beautiful? Bagi aku yang merupakan penghidap slip disc tahap 2. Banyak sebab untuk mewajibkan pesakit mengenakan Korset Premium Beautiful. Antaranya :
  1. Doktor mengatakan aku hanya mempunyai peluang 80% untuk sihat seperti biasa... 80% sahaja? Dan doktor memberi 2 kondisi untuk aku hidup seperti biasa yakni dengan menurunkan berat badan dan mengenakan korset. Alhamdulillah setelah mengenakan korset, berat aku turun 6kg dan aku tidak sakit belakang lagi.
  2. Doktor mengatakan bahawa aku tidak lagi boleh berjogging kerana boleh mengakibatkan kerosakan lebih teruk di bahagian tulang belakang yang lain. Jawapannya sekarang, BOLEH!. Dengan syarat, ada Korset Premium Beautiful terlekat di badan aku.
  3. Doktor kata aku tidak boleh jatuh!. Takut sangat dengan kenyataan doktor ni. Sebab, semampu manakah kita untuk mengelak. Namapun terjatuh... TER maksudnya tidak sengaja! Ok, yang ini aku hanya mampu berserah... dan yang pastinya... terus dan teruskan pakai Korset Premium Beautiful!
Bila tengok punca slip dic ni di gambar, macam terlalu sedikit untuk memberi kesan dalam kehidupan kita. Tetapi bila dah mengalaminya, Allah sahaja Yang Maha Tahu

Kesakitan yang dialami pesakit slip disc adalah sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Melalui pengalaman aku sendiri, pain killer yang paling kuat sekalipun tidak memberi kesan untuk mengurangkan kesakitan. Bayangkan, kita boleh terjaga dari tidur yang lena hanya kerana kita berkalih kedudukan ketika tidur. 

Sesungguhnya aku terima, bahawa setiap nikmat yang Allah beri itu ditarik bagi menyedarkan kita dari terlalu selesa hidup di dunia. Mungkin dah terleka sedikit dengan harta yang tak seberapa, namun kadang-kadang ia dihantar sebagai signal untuk kita berbuat sesuatu dengan life kita. Alhamdulillah, memang sakit slip disc yang aku alami banyak mengajar aku untuk lebih tabah dan matang. Kenali kehidupan dan orang sekeliling. Dan kerana itu aku mengambil langkah untuk berkongsi kebaikan Korset Premium Beautiful ni kepada semua. Kalau dulu aku pun berkira-kira untuk keluar duit yang banyak untuk beli hanya sepasang korset, kini aku rasa berbaloi-baloinya beli korset ni. Sebab kebaikan yang diperoleh hanya dengan disiplinkan diri mengenakannya minima 8 jam sehari. 

Selain rasa bebas dari rasa sakit akibat slip disc, aku juga kini bebas dari masalah-masalah berikut :
  1. Haid yang tidak teratur
  2. Jerawat
  3. Keletihan dan kelesuan
  4. Cepat mengantuk
  5. Jarang mengalami athma
  6. Kerengsaan kulit apabila makan makanan laut
Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... itulah yang aku mampu ucapkan. Moga Allah memberkati perkongsian cerita ini buat kita semua. Ameen...

Sunday, February 14, 2016

Business Bermentor - Bak Menggenggam Pelangi

13 Februari 2016 - Seminar khas telah berlangsung bagi semua ahli kumpulan Top Leader Circle (TLC) bertempat di Dolomite Center Batu Cave

Dan tanpa diduga, mentor kesayangan Shimah, CDM Salha Zain telah memilih Shimah sebagai ahli kumpulan contoh yang berjaya dalam perniagaan korset dalam masa 2 bulan. Shimah juga layak menyertai trip seminar seberang laut ke Osaka. Subhanallah... tak sangka sangat (kesat air mata di sini)

Shimah diberi 5 minit untuk menceritakan pengalaman... dah macam-macam rupa keluar. Seb baik pipi menten tembam, kalau tak... mau terkeluar taring harimau... warisan dari mentor kamikaze CDM Salha Zain :P

Tu diaaa... 

Bukan sahaja diberi penghargaan untuk share pengalaman dengan rakan-rakan TLC, malah dapat hadiah lagi dari mentor... terharu sangat... 

Yess... this is my choice. No turning back!

Ni pertama kali dalam hidup, Shimah berasa pasti dengan pilihan untuk berbisnes. Buat masa ini Shimah masih bekerja dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes secara part time. Inshaa Allah moga Allah permudahkan segalanya dan Shimah tanpa ragu akan jadikan bisnes ni sebagai kerjaya sepenuh masa. 

Anda berminat untuk bisnes part time/ full time... call je Shimah k... no sweat :)))

Premium Beautiful Melaka Agent
0136030326

Wednesday, February 10, 2016

KEGILAAN TERHADAP KUCING


Ya... saya penggemar kucing... kat rumah je pun ada 3 ekor.... gemuk2 belaka.... 
Dan kalau kat pasar ade jual kucing macam ni, memang confirm tetiap minggu beli... hihi

Premium Beautiful Melaka Agent

Tuesday, February 2, 2016

Cara Pakai Premium Beautiful


Langkah 1 : Long Girdle
  1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam
  2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
  3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
  4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa 


Langkah 2 : Long Bra
  1. Tundukkan padan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
  2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
  3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra)
  4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa
  5. Betulkan kedudukan bra


Langkah 3 : Waist Nipper
  1. Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada
  2. Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
  3. Betulkan kedudukan
  4. Tarik tali pelaras
  5.  Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
  6. Selesakan kedudukan... cuba duduk dan bangun.. pastikan selesa di setiap postur badan
FAQ (Frequently Asked Question)
Perlu pakai yang mana dulu? Waist nipper? Long Bra? Long Girdle?
Boleh pakai mana-mana bahagian dulu, tetapi sebaiknya mulakan dengan susunan berikut :
Long Girdle
Long Bra
Waist Nipper
 
Untuk senang ketika ke tandas. Pakai ikut susunan berikut :
Long Bra
Waist Nipper
Long Girdle


Premium Beautiful Melaka Agent

Monday, February 1, 2016

Bisnes Cara Rasulullah SAW

Dalam bisnes ni, tidak ada yang mustahil bagi sesiapa pun. Yang penting ada kemahuan... bukan minat. Kadang yang tak ada minat meniaga pun boleh meniaga dan kaya-raya dengan berbisnes, Ada juga yang ada minat tapi asyik tak menjadi je bisnes. So di mana silapnya tu. Banyak yang perlu kita muhasabah dan renungkan. 

Mari kita belajar bisnes cara Rasulullah SAW
Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. 
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.
Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.
Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
Jujur
Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.
Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).
Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.
Wallahualam.
Ihsan dari laman web http://www.usahawan.com/

Business tak kira lelaki atau perempuan... yang penting ade kemahuan dan usaha... inshaa Allah pasti berjaya


Opsss... anak pun jadi model... support business mama & abah

Moga dengan bermodelkan Rasulullah SAW... kita akan menjadi manusia yang lebih baik dan berjaya dalam perniagaan yang kita ceburi. Yang paling penting... niat utama jangan lain dari kerana Allah.. mudah-mudahan...

Premium Beautiful Melaka Agent

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...