Tuesday, September 15, 2015

Derita Sakit Belakang

Salam ukhuwah kepada reader semua

Dah lama sebenarnya tak berblog. Niat untuk terus berblog senantiasa ada tapi sering saja dilupakan kerana passionate macam masa mula2 berblog dulu dah kurang. Sekarang rasa nak terus berblog, tetapi dengan lebih kepada berkongsi ilmu dan pengetahuan. Terutama tentang sakit yang aku alami.

Dari tajuk pun dah jelas yang aku mengalami sakit belakang atau ramai lebih familiar dengan term slip disc. Ia bermula seawal tahun 2015, yang mana aku dan adik-beradik yang lain bercadang untuk mengerjakan ibadah umrah. Lantaran dari niat itu dan juga pengalaman mengerjakan ibadah umrah sebelum ini, aku dan mak sangat menekankan bahawa memilikki stamina yang baik dan stabil adalah kunci dalam melaksanakan umrah. Yela, seperti yang semua sedia maklum, dalam melaksanakan umrah menuntut kita untuk melaksanakan tawaf, sai... yang mana melibatkan aktiviti berjalan kaki untuk satu jarak yang jauh. Itu belum lagi ambil kira berjalan pergi dan balik dari hotel. Masa kami datang ke Mekkah pada tahun 2013, jarak hotel dan Masjidil haram adalah 1.8km sehala. Bayangkan pergi dan balik. Mencungap juga dibuatnya walaupun umur takla setua mana. Itula sebab kami menekankan kepentingan stamina yang tinggi. Maka aku dan mak decide akan keluar berjogging di Dataran 1Malaysia Klebang setiap Sabtu dan Ahad. Yeah...!

ewah2 mak... kemain joging2 manja

breath in....breath out...

7 Februari 2015 - Tarikh ini merupakan tarikh hitam dalam hidup aku. Kenapa? Aku rasa bagai nikmat hidup ini dah berada di penghujungnya. Sebelum keluar joging, aku bersiap-siap. Semasa gosok gigi tu aku bersin yang agak kuat dan.... belakang terasa jem. Kaku tak boleh buat apa. Tak boleh tunduk, tak boleh ke kiri dan ke kanan. Sakit tak boleh nak cerita. Aku tahu ada sesuatu yang berlaku dgn tulang belakang ku. Tapi aku cuba nafikan dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi mana mampu menjadi biasa bila hidup tak seperti dulu. Jalan tegak je. Bangun duduk terpaksa capai apa2 di sekeliling untuk bangun. Solat, terpaksa guna kerusi. Angkat handbag pun rasa macam angkat batu yang besar dan berat. 

Akhirnya aku terpaksa akur dan merujuk ke pakar tulang. Perkara pertama yang doktor buat ialah, dia jeling aku. Marah kerana simpan sakit terlalu lama. Aku ditahan di wad. Selama seminggu. Sehari, aku perlu menjalani rawatan menggantung pemberat di pinggang seberat 14kg sebanyak 4 kali, dan juga 2 kali rawatan phisiotherapy urutan. Sakit semakin berkurang, tetapi aku terpaksa bergantung kepada painkiller.

14kg....attached kat pinggang selama sejam... 4x sehari. Azab btol


Sakit belakang bukan sakit yang sikit2. Sakitnya berpanjangan dan seolah tak berkesudahan. Semasa tidur pun terasa sakit. Tak tau mcm mana nak bgtau sakit tu. Lumrah manusia, akan mencari solusi kepada masalah yang mengganggu kehidupan seharian. Begitulah dengan aku. Sepanjang menghabiskan masa di hospital, aku meng 'google' setiap solusi yang mampu mengurangkan kesakitan yang aku alami. Ada yang kata bengkung, ada yang suggest pakai corset... Tak kurang juga ubat-ubatan moden dan tradisional. Hari terakhir di hospital, sebelum aku dibenar keluar. Aku minta pendapat doktor pakar yang merawat. Apa perkara terbaik untuk aku lakukan. Dengan segera di sebut corset. Dan bila aku tanya jenama terbaik yang boleh aku cuba, dengan pantas beliau menyebut Premium Beautiful.

Mulanya aku ragu-ragu juga nak try Premium Beautiful. Yang paling utama adalah kerana harganya yang agak BERDENTUM :P

Wednesday, September 9, 2015

Beijing

Kenangan itu...



Saje mengimbau kenangan di Beijing... manisnya....


Thursday, January 29, 2015

Grand Lexis Port Dickson

Memang terbaik la Grand Lexis ort Dickson. Ni first time kami sekeluarga bercuti ke sini. Sempena sambut birthday mak. Yang best sebab ada private pool dalam bilik. Ok... cakap byk pun tak guna... biar gambar berbicara...

bilik kami



permandangan pool dari hall



orang yang paling suka... pastinya cik amanina!



sampai taknak keluar dari pool.... makan pun sambil berendam dalam air... dah macam dolphin plak

hall - pihak hotel sediakan mini fridge dan microwave.... so kami makan sambil panas2 kan aje bekalan yang dibawa dari rumah


Sekiranya berminat...  boleh buat tempahan di http://www.grandlexispd.com/




Tuesday, May 14, 2013

Umrah Ziarah - Muscat Oman - Madinah - Mekkah

Alhamdulillah...dapat gi umrah lagi. Pengalaman kedua ni penuh dgn pengajaran dan kenangan manis. Nak bercerita.... nantila... bila ada masa terluang nnt... inshaa Allah

kali ni bkn aku dgn mak je... bibik pakbik n busu pun join the club

singgah di muscat, oman sebelum ke jeddah dan madinah

masjid nabawi, madinah

perkarangan masjid nabawi....aishh rindula bila tgk gambar ni

permandangan dari blk hotel Mubarak Silver, Madinah

Aku... selepas tawaf

tata


Tuesday, February 12, 2013

Muhasabah Diri

Sekejap je rasa cuti CNY ni
Esok dah kena kerja
Owh...semangat ok semangat!
Aim tahun ni, by March sume budget operasi dah tercapai
Doakan.... amiiinnn....

Aku tak tahu la kenapa tahun 2013 (eh, tetiba salahkan tahun?)
Dari mula lagi aku tak tentu arah
Serba tak kena
Ni jadi sejak along terpaksa cancel wedding :(
Sb tunang dia kononnya ade penyakit (yeke?)
Aku sefamily sme sgt2 sedey
Tp redha la(ape lagi nak ckp kan) tu sume ketentuan Allah
Bila sebut Allah, baru hati rs tenang...
Kalau tak hati ni syik nak salah kan org je
Cool down hati... org yg diduga itu org yg disayangi Allah
Dan since time tu la aku ni serba tak kena

Tai biasalah kan
Bila ada perkara tak best berlaku
Kita dah tak nampak perkara baik yg juga berlaku in between the time
Kita tetap nampak pengalaman negatif tu
Muhasabah...ye aku perlu muhasabah diri

salah satu muhasabah diri...anak2 bulus yg menceriakan hidup...buat aku semakin bersyukur dgn nikmat Allah

keje diorg ari2 main tido main tido main tido

ni lak kucing yang dibuang... aku jumpa diorg ni dlm kotak dah penuh dikerumuni kerengga...
sb kesian aku bw balik... ingat nak anta kat sapa2 yg sudi jg... tp baik plak bebudak ni
ati dah terpikat... mak dia aku bg nama meon sbb muke slumber dan sememeh...hehe

ni bkn gambar anak2 bulus ok...ni gambar org yg gembira sbb dpt renew pasport...hahaha...tetiba
kadang2benda2 simple pun ble buat kita muhasabah diri dan bersyukur dgn apa yg ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...