Sunday, April 24, 2011

Holiday...Keje...Exam...Keje...Holiday

Yeah...2 bulan ni adalah masa utk ber holiday sakan. cuma sedeykan cuti...bru bln mei tp cutidah tgal half. Tapi ape nak peduli...menghibur hati sendiri...bkn utk org lain. Cuma aku melalui tough time kat opis. Kebetulan pihak pengurusan dpt kelulusan utk buka saham 2 public for another 1 billion. Mmg ramai yg bertepuk bersorai tapi....ade habuan utk kami para pekerja yg sgt rajin ni (rajin ae?). Bertambahnya saham maka naik la bajet dan ape lagi...ko kena kuat tau dikk... xle malas2. Tu staf sume nak kna restructure balik tugasanmasing2. Pasni jgn mimpi nampak muka acik kat opis lagi. Acik nak kuar...hunting for customer. Hungry for more...hahah...mcm serigala lak. 

K lupakan psl keje, aku nak story sket psl cuti. Aritu aku g Langkawi..last2x friday aku g sarawak dgn family. Sgt seronok. Merayau sana sini....sepanjang 3 ari aku kat sana, syik menghentam mee kolok je.Puas hati aku. Terlepas segala rindu dendam kesumat. Sgt sedap, cuma bila mkn tu rs cpt kenyang sbb mee die kenyal. Tp cpt lak lapar semula. Hehe...adat perut bdk montel mmg cmtu. 

nampak simple je mee ni tp rs die sgt sedap 
pada teka aku la

Masa g sarawak aritu, aku drive ikut jln dlm ke sepang. Jln nye...mak aii, nanges tau. Mcm ular dipalu. Tak ske sgt, maka aku dah declare awal2, tu la 1st and last. Xmo dah drive ikut situ. Lg pun jd lg lambat berbanding kalau ikut highway. Lori banyak. U have to memorise more simpang. So...cukup la ye... X mungkin berulang, kecuali kalau aku jadi penumpang.

G sarawak, x beli byk brg sgt. Cuma aku byk concentrate anything that can be put in my new house. Aku beli lampu tido, jam bentuk meow..huhu. Then patung kenit2...patung meow gak. Freeze magnet...meow gak. Haha...dah kata g kuching, maka meow la yg byk. Tu pun nyaris aku nak beli anak kucing....kat pasar satok ada jual... alahai, aku siap berenti jap kat ctu. Siap tnya bape engget...cina tu kata "rm20 aja....bole kasi kulang sket lagi..."... ayark...sungguh menduga iman. Dah la sume comel2, montel2...kecik2 lg lak tu. Nak je pelempang sekor2x...hahahaha....

 

G gak kat kek sarawak, kedai dyg salhah...mmg murah tahap cipp... aku  dok ctu kenyang mkn kuih yg buat tester tu je. Aku nak beli tp bila cr x jumpa, sbb org ramai sgt. Aku tgk yg beli tu tak g pun test kek tu, depa main ambik je... pastu bw blk kotak besar2. Hebat...aku yg kenyang mkn kek tester, beli 2 jenis je...tu pun yg separuh nye, rm5 satu. Sedap! sbnrnya aku cr kek lapis cheese..ms test tu, itu yg aku rs paling sedap. Tp x jumpa. Lagipun aku dah penat berjln gaknye...maka aku dah malas nak mencari. So, keep on mkn test tu lagi. Sbb sedap sgt. Nak g kedai dyg salhah ni, kna naik sampai, caj 50posen je...sedey lak rasa, tp kejap je da sampai, pakcik tu kira tak la penat sbb sampan tu ada enjin, tp die cm eksyek2 mengayuh gak...ishk..mandai je aku ni....
nampak sgt muka aku cuak..tp nak gak senyum
mana tak cuak..aku naik je sampan ni senget sebelah...last aku berdiri tgh2....
alhmdulillah ade akak sorg tu naik..kategori bulat gak...dia dok d other side..maka balance la sampan tu..
hehehe
dan tadi merupakan paper terakhir utk semester ni. aku rs cam confirm je fail...sbb byk benor yg aku xle jwb...haha...sesuka ati aku je aek...yela...baca buku punye la malas...so redha jela..tunggu je resul nnt ye.... so, xyah pikir...kita pikir pasni nak g holiday mana lak ae....yeehooo....

Sunday, November 15, 2009

Mekkah, Madinah & Beijing

Alhamdulillah


Diberi kesempatan lagi utk aku menulis di sini.

Kali ini aku ingin menyentuh kisah kembara aku dan mak tercinta ke negara orang. Pada bulan Mei 2008, aku dan mak diberi peluang menunaikan ibadah umrah selama 15hari 14 malam. Alhamdulillah, perjalanan kami dimudahkan, berpeluang mengenali makcik2 yg berada dalam rombongan yang sama. Luas lagi tali silaturrahim yg dibina sekaligus membuka mata dan pengalaman kepada diri ini. Perjalanan selama di kota Madinah dan Kota Mekkah terasa singkat, cuba kalau tempoh tersebut aku berada di Malaysia, pasti waktu terasa lambat berlalu. 2 hari terakhir di sana aku sayu memikirkan perpisahan yg bakal dihadapi. Entah bila akan berpeluang lagi menjejak kaki ke Tanah Suci ini.

Kaabah di waktu Dhuha

Pada 9 Oktober 09 yang lalu, aku dan mak berpeluang ke Beijing China. Alhamdulillah, Allah melimpahkan rezeki buat kami, menjejak negara orang yang pastinya punya budaya yang amat2 berbeza dgn kita. Kami menghabiskan masa 5 hari di sana. Kota Beijing mmg besar dan cantik, tiada tolok bandingnya. Melawat ke istananya saja buat kami mengeluh beberapa kali kerana keletihan.
Salah satu pagar ke istana maharaja
Terlalu jauh berjalan kaki melintasi 9 pagar utama yang menjadi benteng kepada istana maharaja. Dgn badan yang letih, udara yang sejuk..ditambah dengan rasa lapar dan dahaga(kami tak berani nak beli air dan makanan di tepi jln krn bimbang tak halal), istana yang cantik bagai tiada lagi erti buat kami. Memandangkan pakej yang kami ambil merupakan pakej perlancongan Muslim, kami dibawa ke masjid-masjid lama di sana. Di beijing jumlah penduduk Islamnya lebih ramai dari di Malaysia. Tetapi kami dimaklumkan, hanya org2 tua sahaja yang mengunjungi masjid. Benar maklumat tersebut krn kami tidak bertembung langsung dgn warga berusia 20-an ketika berada di kawasan masjid.

Perkarangan Masjid di Beijing

Antara Mekkah&Madinah dan Beijing, terlalu byk bezanya. Beijing bgn2 nya cntik, senibina yang tiada tolok bandingnya. Penuh warna, bersih dan indah. Mekkah...jika di kawasan masjid barulah berpeluang tgk binaan2 terkini, di tempat lain, rumah2nya dibina di lereng2 bukit dan terlalu usang. Tetapi dgr cerita skrg rumah2 usang tersebut telah dirobohkan dan dibina rumah2 dan bgn baru. Beijing sejuk tetapi udaranya tercemar, mulanya aku ingatkan kabus rupa2nya pollution. Mekkah udaranya panas, bibir kami pecah2, pipi mak memerah mcm pakai blusher.

Kota Madinah

Itu beza tentang hal dunia, lahiriah yang boleh dipegang dan dilihat dari mata kasar. Tetapi dari segi batiniah, hati, emosi dan nurani... di Mekkah&Madinah hati kami sejuk, sayu...tenang. Jiwa yang tak pernah kami rasa sepanjang hidup ini. Kami senantiasa berhati2 dlm berkata2 krn di Mekkah&Madinah semuanya diberi secara 'tunai'. Kasih sayang yang amat dekat dgn Allah. Tentang makanan dan minuman, tak perlu ragu2 krn semuanya org Islam..org kita. Hati lebih yakin. Betapa tenangnya di Kota Suci tak dapat dicerita dgn perkataan dan tak dpt diluah dgn lidah. Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Tetapi di Beijing, hari ke-2 kami sudah meronta nak pulang ke tanahair. Tptnya nyaman, ttp pergi manapun rasa tak selesa. Hati pun kurang tenang dgn tingkah org2 di sana terutama sekali para peniaga yg kalau boleh nak bergaduh ketika menjual brg. Makanan yg jauh sekali dgn selera kita. Jika menurut tourist guide kami, kedai nya halal tetapi rak botol2 arak pasti ada di setiap kedai. Itu belum lagi menyentuh soal tandas, tiada air..kena la mengusung botol ke sana dan ke mari. Di masjid pun tandas tak ada paip. Mcm tak puas beristinjak.

Restoran Halal di Beijing

Sesungguhnya bumi pilihan Allah tiada tolok bandingnya. Selepas ke Beijing, aku dan mak dah decide mungkin kami tak mahu lagi ke tpt lain. Sekiranya ada rezeki lebih dan diizinkan Allah, aku dan mak mahu ke Mekkah&Madinah untuk percutian kami yang akan datang. Bercuti biar dpt membawa pulang hati yg tenang, barulah dpt meneruskan kerja dgn gembira dan hati terbuka.

nota kaki : tetapi teringin juga nak ke Bandung, Indonesia... tetapi kalau boleh nak ke Mekkah&Madinah sekali lagi baru ke Bandung. Insya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...