Thursday, June 2, 2016

MARHABAN YA RAMADHAN



Subhanallah... lagi 3 hari kita akan sambut bulan Ramadhan yang mulia. Setiap tahun, Shima paling xcited nak sambut Ramadhan. Dan sebelum kedatangan bulan yang mulia ni, Shima dan mak dah awal-awal prepare semua keperluan. Terus terang cakap, dalam 2 minggu ni Shima dah terasa macam dah berada di bulan Ramadhan. Subhanallah... feel dah ada. Tinggal nak sambut je ni. Target Shima ialah nak capai maxima kepuasan beribadah. Kalau boleh tak nak miss satu pun. Moga Allah permudahkan dan kekalkan niat istiqomah Shima ni. 

Di sini Shima nak share ibadah-ibadah tambahan yang sgt disarankan untuk kita istiqomah mengerjakannya dalam bulan Ramadhan mengikut amalan Rasulullah SAW:-

PERTAMA : Menyegerakan berbuka puasa

Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana di dalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah saw bersabda :-

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (HR. al-Bukhari dan Muslim)

KEDUA : Melaksanakan makan sahur

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
"Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." (HR. Bukhari dan Muslim)

KETIGA : Membaca Al-Qur'an (Tilawah)
Ayat Al-Qur'an diturunkan pertama kali pada  bulan Ramadhan. Maka tak heran jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur'an di bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.
Imam Az-Zuhri berkata "Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain beruasa adalah membaca Al-Qur'an". Bacalah dengan tajwid yang baik dan taddabur, pahami dam amalkan isinya. Inshaa Allah kita akan menjadi insan yang berkah.
Buatlah target untuk diri kita sendiri. Jika di bulan-bulan lain kita khatam mebaca Al-Qura'n dalam sebulan maka di bulan Ramadhan kita target khatam 2x. Atau lebih baik lagi, kita cuba menghafal Al-Qur'an itu sendiri. Subhanallah... bayangkan Al-Qur'an telah tertanam di dalam hati. Tak tergambar bagaimana jiwa kita ketika itu.

KEEMPAT : Memberi Makanan Berbuka Puasa

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى
"Barangsiapa yang memberikan makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu (Sohih Nasa'i dan Tirmidzi)

Amal ibadah mulia ini dapat dimanfaatkan dikalangan jiran tertangga dan saudara mara terdekat. Ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama muslim. 

KELIMA : Berdakwah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kpada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung" (TQS. Al-Imran[3]:104)

Namun pastikaa kita memberi nasihat perlu ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullag SAW "Barangsiapa menunjuk kebaikan... baginya pahal sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedkitpun"

KEENAM : Solat Terawikh
Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat Terawikh. Yg paling perlu diingat ialah Solat Terawikh juga boleh dilakukan di rumah.

Rasulullah SAW pernah khuatir krn takut Solat Terawikh dianggap menjadi solat wajib kerana saban hari semakin ramai yg ikut solat berjemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat Terawikh di rumah.

KETUJUH : I'tikaf
Inilah amaliyah ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini dikomentari oleh Imam Az-Zuhri, “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat”.

KELAPAN : Lailatul Qadar
Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk bida meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

“Barangsiapa yang shalat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa :-

“Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku….

KESEMBILAN : Umrah
Jika kita punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Krn, pahalanya berlipat-lipat kali ganda. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, krn nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW (HR. Bukhari dan Muslim).

SEPULUH : Bertaubat
Dalam bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu ampunan bagi seluruh hambanya. Karena itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

SEBELAS : Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Moga Ramadhan tahun ini membawa berkah di dalam hidup kita sekeluarga... ameennn...







Saturday, March 26, 2016

Status Halal - Herba Maharani


Sijil Perakuan Halal Herba Maharani

Premium Beautiful Melaka Agent

Herba Maharani/ Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Herba Maharani Hai O - sangat terkenal dalam meningkatkan tahap kesihatan serta kecerdasan wanita - juga sesuai untuk lelaki

Herba Maharani di pack dengan begitu teliti di dalam bekas yang sangat menarik 

Butiran Herba Maharani disimpan di dalam bekas lilin bagi menjamin kualiti herba senantiasa berada di tahap optima


Herba Maharani/ Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Herba Maharani atau nama sebenarnya, Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Ramuan
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu
-          Pati ayam hitam
-          Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon
-          Radix Astragalus Membranaceus
-          Radix Panax Ginseng
-          Rhizoma Cyperus Rotundus
-          Radix Angelica Sinensis
-          Radix Paeonia Lactiflora
-          Radix Rehmannia Glutinosa
-          Rhizoma Ligusticum Chuanxiong
-          Radix Salvia Miltiorrhiza
-          Rhizoma Dioscorea Opposita
-          Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Kesan Pengambilan
-          Menambahkan tenaga dan darah
-          Menyelaras kitaran haid
-          Mengawal keputihan
-          Melegakan tekanan dan kesakitan
-          Digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah
-          Kelesuan pinggang dan lutut
-          Perpeluhan dan debaran spontan
-          Kepanasan
-          Kitaran haid yang tidak teratur
-          Sakit buah pinggang
-          Pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya
-          Membantu mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap dan menguatkan badan.
-          Meningkatkan peluang untuk mengandung

Kebaikan Herba Maharani
-          Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
-          Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
-          Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
-          Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
-          Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
-          Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolism

Keberkesanan
-          Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
-          Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
-          Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
-          Menguatkan tenaga dan stamina.

Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Herba Maharani?
-          Ibu mengandung dilarang mengambil.
-          Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
-          Tidak sesuai diambil ketika selsema.
-          Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.

Cara Pengambilan
-          Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
-          Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
-          Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
-          Makan mestilah bersama air suam.
-          Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.
-          Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

-          Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

-          Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
-          Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
-          Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

-          Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

-          Nota :
Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut:
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan
(c) Minum lebih banyak air



Premiun Beautiful Melaka Agent

Tuesday, March 22, 2016

Senior Sales Manager Award - 2

Jom layan lebih banyak gambar sepanjang Majlis Penganugerahan Senior Sales Manager dan Sales Manager di Ideal Convention Center Shah Alam, Selangor (19 Mac 2016)












Premium Beautiful Melaka Agent

Monday, March 21, 2016

SENIOR SALES MANAGER AWARD

Alhamdulillah... 19 Mac 2016 merupakan hari yang amat bermakna buat aku kerana usaha dalam berbusines selama ini mendapat pengiktirafan daripada syarikat. Shimah telah dinobatkan sebagai Senior Sales Manager (SSM) sekaligus melayakkan Shimah untuk mendapat status Manager dalam busines bersama Sahajidah Hai-O Marketing. (SHOM)

on the way ke Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)... terima kasih personal photog... Cik Nurathirah Iwani yang banyak berjasa mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung

Puas bila usaha dihargai... senyuman puas terukir di bibir

Lebih puas lagi apabila kejayaan disambut bersama mereka-mereka yang tersayang...

every moment are captured... dont want to miss even a bit

bersama mentor tersayang yang banyak memberi dorongan - Salha Zain

keluarga besat Top Leader Circle - TLC
proud to be part of TLC

Will never say never in this business.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...